CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Saturday, December 24, 2011

Cabaran apabila berPRAKTIKUM!

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba,malam yang dingin ni buat Chenta teringat time praktikum fasa 2 yg dah berlalu beberapa bulan yang lalu.Aihh..rasa tragis kalau ingat pasal praktikum masa tuh.Nasib amatlah tak menyebelahi.

Fasa 1 dapat sekolah yang super duper best,fasa 2 pun sekolahnya super duper best tapi,nasib yang diterima masa kedua-dua praktikum adalah SUPER DUPER BERBEZA! dan melalui pengalaman praktikum masa Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Bintong,01000 Kangar,Perlis..apa yang boleh dikatakan adalah cabaran paling besar sepanjang praktikum itu adalah apabila
*
*
*
*
*
*
diOBSERVE TANPA diberitahu!

Mungkin sesetengah orang akan kata:
"Biasalah tu","Ala,nak kisah apa nama pun praktikum","Tak luar biasa pun","Taklah mencabar mana","Itulah baru praktikum sebenar" dan seterusnya.

Okeyh,kalau nak ikutkan memang tak dahsyat mana atau tak seteruk mana tapi,bagi Chenta ia amat-amatlah mencabar.Maklumlah,Chenta bukanlah orang yang dikurniakan dengan idea-idea yang sangat kreatif dan menarik setiap masa. Berbekalkan dengan jadual 12 waktu seminggu dengan erti kata lain setiap hari ada kelas dan kadang-kadang 1 hari, 4 waktu dan ia amat memeritkan.

Hari ni idea banyak,mencurah-curah hinggalah ke ladang gandum dan okeyh,kompem akan dilaksanakan dan dalam doa punya la pulun..okeyh,datanglah observe,datanglah observe!Tolonglah!Tolonglah.

RPH done!,BBM done!

10 minit sebelum kelas-->mintak-mintak puan dtg.
9 minit -->;mana puan ni?tak datang pun.
8 minit -->cuba dengar,cuba dengar bunyi kasut puan kot tuu.
7 minit -->isyh,takkan tak datang.
6 minit -->;alahai puan..datang cepat.tak sabar ni.

65 minit kemudian-->anak murid baik punya perangai,P&P best!,aktiviti bapa punya best!objektif tercapai,semua berlangsung dengan AMAT berjayanya!
"FRUSTnya puan tak datang!huaaaa!

Okeyh,idea tak nak muncul,induksi nak buat apa ye?nak ajar pakai apa ye?PowerPoint ke?takde yg best lagi ke?bahan apa nak guna?nak buat macam mana BBM ni nak bg berkesan?aktiviti apa nak buat eh?..alahai,idea muncul la.muncul la.takkan nak hentak kepala kat dinding baru nak curah-curah idea?TENSIONNYA!

Harap-harap puan tak datang la.jangan la datang puan.Okeyh,kompem la puan tak datang. ^_^
RPH done!BBM yang halai balai done!

10 minit sebelum kelas bermula --> eh,takde lagi bunyi kasut puan.erm..tak datang lah.
9 minit --> Tinggal berapa minit je ni.sah puan tak datang..lega-lega!
*
*
*
5 minit -->Morning Cikgu Nurul,Cikgu Nasiha!

Oh..Tuhan tolonglah aku!

Kelas berterabur,student taknak buat kerja,P&P biasa dan tiada keistimewaanya (langsung tak menunjukkan kreativiti sbg guru pelatih wibawa)..dan objektif tidak 100% tercapai!

Inilah saat-saat air mata nak menitis semahu-mahunya!Huaaaa!

Dan inilah yang Chenta rasai sepanjang 2 bulan berpraktikum.Hari-hari tak tenang.Hari-hari rasa macam nak kena terjah.Hari-hari nak kena kuatkan mental,semangat dan jiwa.Tiap-tiap hari kena pasrah dan redha dengan apa yang bakal berlaku.Hari-hari rasa nak buat the best, tapi bukan hari-hari dapat peluang tu.

*Sedih.sedih dan sedih.*

Okeyh,taknak menangisi apa yang dah terjadi dan harap boleh dijadikan cabaran dan pengalaman baru nak menghadapi praktikum yang terakhir.Kalau jadi lagi,dah ready segalanya.Dah dengar ura-ura nak dapat sekolah mana tp,tak tentu.Nanti update bila dah sah!

*tetibe rasa rindu dekat anak-anak SK Bintong*

ini anak-anak kelas perdana yang pertama Chenta ajar.Hensem-hensem dan comel-comel semuanya!

dan ini namanya:
*
*
*
*menumpang kasih dekat kelas orang lain*

p/s:Harap-harap selepas ni bila diobserve akan diberitahu.Berilah peluang untuk saya tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada biasa!

8 comments:

hamzah ian said...

wah.. tiba2 teringat zaman dulu2

chEntA said...

hamzah:
hahaha..oh ada pengalaman jgk ke?

Cik Aied said...

seram pulak baca kisah ni.. takut nk praktikum..huhu :(

chEntA said...

Cik Aied:
eh..jgn tkut pulak..die ikt nasib..dpt lect dan guru pembimbing..semua pun akan jadi okeyh dear..=)

Cikgu Fira said...

As-salam...seronok baca coretan chenta..teringat zaman2 prktikum..semoga chenta dapat penilaian yang tinggi untuk praktikum..yang penting hari-hari jgn lupa buat RPH...:)

chEntA said...

cikgu fira:
w'salam..thanks sbb sudi baca..segan pulak ble cikgu berpengalaman baca coretan guru pelatih yg baru nak mula bertatih ni..

insyaAllah..doakan saya ea..insyaAllah..RPH tu makanan rutin tuh..^_^

Unknown said...

haha sama mcm dak kelas zuan la, x sbr2 nk abis kelas, tah apa nak dikejarnya tah

chEntA said...

zuan:
hahaha..taw takpe..sme jer..
biasa la budak2..hehe..^_^