CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Tuesday, December 6, 2011

Terjah laci SENDIRI!

Assalamualaikum w.b.t

Cuti yang panjang sambil tak tahu nak buat apa atau erti kata lainnya takde keje,maka Chenta telah merajinkan diri untuk mengemaskan laci yang berserabut dengan bermacam jenis benda.Chenta sendiri dah lupa berapa lama laci ini tidak berkemas.Sila jangan ikut sikap *malas* ini.

Bukak-bukak jer laci tuh..berdebushh habuknya..hukhuk..pastu melimpah luah segala macam benda yang tersimpan rapi buat beberapa tempoh waktu.Tapi,agak menarik sebab baru perasan satu sikap baru dalam diri Chenta iaitu suka menyimpan benda walaupun benda tu berguna atau dah taknak guna.Kalau sifat ini terus berkekalan kalau bagi 10 almari pun tak cukup nak simpan barang.Aduhai!

Jom selongkar apa benda la yang Chenta simpan dalam laci tuh sampai segalanya dah jadi perkasam..

Bagi tengok dulu.Inilah keadaan lacinya.Tak besar manapun tapi,barangnya sampai melimpah luah.Kalau nak tutup pun kena tekan-tekan barang tuh bagi kempis sikit.Dahsyatkan??Patutlah habis jahanam segala benda dalam laci tuh.

Dalam laci ni ada 2 kotak,1 kotak besar dan 1 kotak kecik dan dalam kotak besar ada..

Sebelah adalah gambar kotak yang elok ditutup.Kotak ni memang Chenta sayang dan rasanya dah simpan since Form 4 kalau tak silap.Ni pun rembat ayah Chenta yang punya.Time dolu-dolu mana ada duit nak beli kotak yang cantik bagai ni.

Cuba tengok dalam kotak tu..ada kertas la,ada bantal la,ada tali la..erti kata lain
"macam-macam pun ada"
Cuba teka apa yang ada dalam kotak tuh??Cer teka..cer teka..*siapa betul,dapatlah 10sen sorang mengikut keadaan kewangan semasa Chenta*
*
*
*
Inilah isi kandungan kotak kesayangan Chenta..jeng..jeng..jeng..

1.Slip gaji ketika menjawat jawatan sebagai Promoter Parkson Selayang Mall selepas tamat SPM!(bangga je jadi promoter..hahaha)
Sila teliti..1st time dapat slip gaji bersama gaji-gajinya..Memang excited melampau sampai sayang nak buang walaupun ini telah berlalu 4thn dahulu.Maaf,jumlah yang diperolehi dihitamkan sebab tahu nanti ramai berebut nak jadi promoter..Hahaha..!

2.Wang kertas dan duit syiling.
Ini bukan bermaksud Chenta takde tabung mahupun tabung penuh berisi duit tetapi,ini tandanya main letak ikut suka je.Jumpa duit letak diruangan yang terdekat.Jadi,kotak ini menjadi ruangan Chenta simpan duit.Tapi,tak banyak pun..ada la dalam RM5++.Duit pun dah komot-komot,nasib tak koyak jer..^_^

3.Perkakas saya sebagai seorang ahli Pengakap lelap!
Ada tali,ada pelbagai lencana,ada rambu pengakap(yang kuning tu),ada tali untuk ikatan,tali untuk uniform,ada woogle,ada tanda nama.Ini dah macam boleh bukak kedai aksesori pengakap.Hahaha..Ini minat dan dunia Chenta di sekolah.Best woo join pengakap masa dekat sekolah sebab ada,ada,ada..*tett*

4.Bear MASHIMARO dan apetah..bantal ada tulis LOVE kot.=))
Ini barangan pemberian kawan kesyangan dan kakak saya.Dah lama benda ni dan setiap benda ni ada cerita tersendiri dan apa yang penting ini barang kesayangan daripada orang tersayang.Terima kasih cik Rosgayah dan Kak Nora.Tetiba tringat kat diaorang berdua.Rindu mereka sangattt!

Itu sahaja dalam kotak besar.


Ini pulak adalah kad hasil kekreatifan teman sedorm masa dekat teknik sepang.Kreatifkan kanak-kanak ribena dorm GA 202?haha..Ayat paling tak tahan.."Just 4 You" ini semua adalah gara-gara dan ura-ura kononya Chenta nak pindah sekolah dari teknik Sepang ke MRSM Serting tapi,disebabkan punya kwn yang superb melampau dan sekolah yang best sangat jadii perpindahan itu tergendala dan hanya tinggal impian.!saya warga teknik tegar!
"Saya sayang sekolah saya"

Bawah ni pulak adalah kotak kecik.Kotak ni adalah pemberian kawan di maktab.Sebab saya adalah pengumpul dan pencinta kotak-kotak cenggini,maka Chenta simpan la dalam laci.Manalah laci tak penuh.Bagai benda nak disimpan..

Sweetkan??
Dalam kotak kecik ni adaaa...

Ada kad besday,ada kad raya,ada purse Milk Teddy hadiah dari mak,ada keychain hp berhuruf "N"..sayang nak guna,jadi simpan je semua.Saya simpan segala harta benda yang saya sayang!Sebab sayang nak guna.Kalau guna punn,nnt simpan balik.Kad-kad itu adalah kad terpilih yang entah macam manaboleh tersimpan dalam kotak kecik ni.

Ni pulak adalah barangan yang berterabur dalam laci tanpa ada tempat untuk disimpan.Rasanya memang dah lama benda-benda ni bersemadi kat dalam laci dan patutlah kalau Chenta cari memang tak jumpa.Kotak hitam tu pen,rasanya dapat masa anugerah cemerlang sekolah teknik.Itu tanda kenangan sebab kat pen tu tak silap ada tulis SMT Sepang.Tu sayang nak guna. Ada sepit rambut,ada keychain..eh,dulu Chenta suka simpan keychain yg ada tulis nama taw..haha..Ada matrik card holder tyme sekolah..kad pelajarnya ada tersimpan dalam purse.Selamat lagi..fuhh..

Ini pulak adalah pemberian hasil kekreatifan insan-insan yang terdekat dengan Chenta..ada dari sekolah hinggalah sekarang.Cantik,jadi Chenta simpan la..Sayang kott nak buang.Kenangan ni!Cantikkkan?(^_^)

Dalam laci ada paper bag.Nah..kiranya 1pakej full la dalam laci ni..semua ada..dari kotak sampai la ke paper bag.Hebat hobi menyimpan saya kan?

Dalam paper bag ini adalah tempat simpanan segala kad-kad raya dan kad hari jadi.Ini zaman dulu-dulu punyer ialah zaman sekarang mana nak dapat kad raya semua main send SMS jer..so,dah takde kenangan..Nasib Chenta ada simpan sebagai kenangan.Kira,ada la jugak momen-momen post kad raya dan terima kad raya.Sekarang nak dapat sekeping pun susah..Nak bagi pun anak murid je la sekarang ni.@_@.Eh..ada terselit album jugak lah..Aishh.

Ini antara kad yang masih menjadi simpanan Chenta.

daripada Maisarah Zolkeflee..Birthday yang ke-14tahun.8 tahun yang lepas.


credit to Khairul Aliaa..ini teman di SKSTB!

credit to my beloved frens..sebenarnya ada sesetengah pengirim kad ni yang dah lost contact dengan Chenta..tak tahu mana menghilang kawan-kawan terindah saya ini..Tapi,kurang-kurang Chenta masih simpan saat-saat indah persahabatan kami.Indahnya bersahabat!

p/s:Selesai mengemas!

5 comments:

LAici KAng Ais said...

macam2 ada. :)

Juliet_iRa~" said...

mcm2 ada kan khazanah kita tu..heee

best bila tgok blk..

rinduuu kenangan tu..heee

shamyheart said...

uui, banyaknya..

Unknown said...

bnyknya khazanah dia :)

chEntA said...

laici kang ais,juliet ira,sha my heart dan saiazuan:
hehehe..tu la..bru tersedar bnyk giler khazanah yg seharusnya dilupuskan..heee..=)