CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Friday, January 27, 2012

Semangat praktikum dah mai dah!

Assalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru dan selamat datang semester 7!
Ini entry yg pertama-tama sejak masuk tahun 2012..memang saje menyepikan diri+hidekan blog ni sekejap dari tatapan orang lain.Bukan apa,saja bagi Melodi D'hearty berehat kejap sebelum bekerja semula dengan memaparkan kisah-kisah 2012..hahaha.

Tengok blog dah tahu,semangat pendidik tu dah melimpah ruah sampai terpaksa disalurkan ke blog tercinta ni.siap dengan gmbr krayon la, pensel warna bagai,bas sekolah kuning lagi,sekolah merah lagi,loceng semua..LENGKAP!..Kalau boleh,nak letak buku RPH lagi tp,apakan daya malas nak edit backgroun ni lebih-lebih.

Tahu mengapa ini semua boleh terjadi?
(ayat-ayat cikgu BM)

Mood PRAKTIKUM kembali.

dengan nafas baru,jiwa baru,semangat baru,azam baru,tekad baru dan paling penting SEKOLAH DAN PERSEKITARAN yang baru.

cuma,

teman praktikum saya lama.
tapi,die syok woo.


Persinggahan saya buat 12 minggu bermula 3o Januari ini adalah disini:
*
*
*
*
*
*
*

Dah terang lagi kan bersuluh-->
SK BEHOR EMPIANG,01000, KANGAR, PERLIS

Tunggu ketibaan kami disana!

Moga segalanya dipermudahakan untuk praktikum terakhir.InsyaAllah.Tiada apa yg dapat dijanjikan cuma yang terbaik cuba kami berikan.

Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan lain.
SELAMAT BERPRAKTIKUM!

Pantun buat warga Behor Empiang:

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Salah dan silap harap diperbetulkan.

^_^

Saturday, December 31, 2011

Ini bukan penangan Ombak Rindu.

Assalamualaikum w.b.t

SINOPSIS:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah.Bapanya,Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka.Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu.Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir ALLAH,pada hari yang sama,suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi?Bagaimana pula dengan Jad?

Ini penulis yang Chenta minati dan inilah sebabnya Chenta berusah jugak beli novel ni even sumber kewangan tak berapa nak baik.Walaupun, mood baca novel dah kurang tetap nak beli sebab Fauziah Ashari!

Ini bukan sebab OMBAK RINDU okeyh!

p/s:Dah beli 2 minggu tapi,baru baca sampai m/s 70.Baca ke mengeja ni?
Mungkin ini disebabkan faktor USIA (^_^).

Thursday, December 29, 2011

18 tahun punyer pasal.

Assalamualaikum w.b.t

Kalau ikut tajuk memang terhasil daripada rasa frustrated..haha.Niat dihati nak ajak adik-adik teman la tengok movie kt bawah ni.
*
*
*
*
*
*
Ini semua disebabkan minat sunguh-sungguh dekat Shaheizy Sam.Orang cakap tak best tp,nak tengok jugak tambah-tambah terpengaruh dengan pengulas filem kat dalam surat khabar cakap yang positif-positif tentang filem ni.Jadi,sebelum balik maktab tu nak la tengok.Tapi,tapi,tapi,

18 tahun punya pasal..niat tak kesampaian.Dah kembar yang sentiasa menjadi teman setia tuh baru berusia 15tahun,jadi tak syok la nak bagi diaorg tengok movie yg tak sesuai dengan umurkan.

Jadi,sebagai seorang yang PRIHATIN terhadap keperluan adik-adik meningkat remaja, tak memasal Chenta terpaksa la tengok filem yang tak pernah disangka dan tak pernah teringin nak tengok.Jeng.jeng.jeng.
*
*
*
*
*
FLYING SWORDS OF DRAGON GATE
hahahahaha..^_^

Time beratur tuh dah perasan muka Jet Li.Jadi,tengok waktu tayangan sesuai dan masih dalam tempoh yang tidak terlalu lewat maka,berjayalah filem ini ditonton.

"Overall,best sebenarnya filem ni.Memang sedikit tak faham jalan cerita tapi,boleh layan la.View sepanjang cerita memang cantik-cantik.Padang pasir,lautan biru..semua ada.Kalau tengok 3D lagi super duper BEST!!!Penuh dengan dramtik dan keganasan.Selamber je sembelih kepala orang.Wah,brutal kot.Yang tak disangka jahat rupa-rupanya bapak segala jahat.Cis!Terpedaya sepanjang cerita.Banyak sangat-sangat aksi dalam filem ni.Kejap-kejap kung fu,kejap-kejap lawan.Tak sempat aihh nak rasa ngantok"

Okeyh,erti kata lain ini filem yang boleh ditonton tanpa rasa rugi!Dalam wayang tadi pun,penonton Melayu sama banyak dengan penonton China.Dahsyatkan?

Tapi,suka tengok heroin filem ni.Tak tahu nama tp,prnh tgk dekat tv.Cute la muka dia.(@_@)

Siapa yang ada masa lapang,boleh la ambil peluang pergi menonton filem ni.Tak rugi!
Berdesuppppppp.!
(bunyi konon-konon berlari nak pergi beli tiket)


Ini jadinya.kalau dah lama tak tangkap gambar!
Dekat mana ni eh?


p/s:Misi sebelum pulang ke institut tercinta belum selesai.Ayuh!