CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Friday, January 27, 2012

Semangat praktikum dah mai dah!

Assalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru dan selamat datang semester 7!
Ini entry yg pertama-tama sejak masuk tahun 2012..memang saje menyepikan diri+hidekan blog ni sekejap dari tatapan orang lain.Bukan apa,saja bagi Melodi D'hearty berehat kejap sebelum bekerja semula dengan memaparkan kisah-kisah 2012..hahaha.

Tengok blog dah tahu,semangat pendidik tu dah melimpah ruah sampai terpaksa disalurkan ke blog tercinta ni.siap dengan gmbr krayon la, pensel warna bagai,bas sekolah kuning lagi,sekolah merah lagi,loceng semua..LENGKAP!..Kalau boleh,nak letak buku RPH lagi tp,apakan daya malas nak edit backgroun ni lebih-lebih.

Tahu mengapa ini semua boleh terjadi?
(ayat-ayat cikgu BM)

Mood PRAKTIKUM kembali.

dengan nafas baru,jiwa baru,semangat baru,azam baru,tekad baru dan paling penting SEKOLAH DAN PERSEKITARAN yang baru.

cuma,

teman praktikum saya lama.
tapi,die syok woo.


Persinggahan saya buat 12 minggu bermula 3o Januari ini adalah disini:
*
*
*
*
*
*
*

Dah terang lagi kan bersuluh-->
SK BEHOR EMPIANG,01000, KANGAR, PERLIS

Tunggu ketibaan kami disana!

Moga segalanya dipermudahakan untuk praktikum terakhir.InsyaAllah.Tiada apa yg dapat dijanjikan cuma yang terbaik cuba kami berikan.

Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan lain.
SELAMAT BERPRAKTIKUM!

Pantun buat warga Behor Empiang:

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Salah dan silap harap diperbetulkan.

^_^

4 comments:

HR said...

all the best, cik seha!
(siaran terlewat. hehe..)

Hans said...

amacam
best tak berada di Perlis?


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Nurulbadiah Lai said...

ALL DE BEST HONEY~~

chEntA said...

HR:thanks..ni pun siaran terlewat..hehe

Hans:dah lme kt Perlis nih..best jugak..tenang jer..

Badiah:thanks my dear!