CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Monday, November 19, 2012

Konvensyen IPGM Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Chenta akan menyertai program ini:
*
*
*
*
*
*
 "KONVENSYEN ANTARABANGSA IPGM" 
di Hotel Pearl International bermula 19hb hingga 21hb November 2012


Semua kawan-kawan yang lain sibuk dengan plan masing-masing dengan ada yang kerja, ada yang buat persiapan kahwin, ada yang bercuti bersama keluarga, ada yang berehat sewenang-wenangnya setelah menimba ilmu selama 5.5 tahun dan sebagainya. Tapi,Chenta?

Mengabadikan diri di sini kerana masih memegang konsep 'Belajar Sepanjang Hayat'. Walaupun 5.5 tahun setengah telah tamat, tapi masih mencuri peluang untuk menimba apa yang perlu, meneroka apa yang curiga dan menambah yang mana masih kurang.

Moga semuanya berjalan dengan lancar dan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi selama di majlis ilmu ini akan diberkati. In Shaa Allah. ^_^

p/s: Jom jumpa sesiapa yang join sekali!


Thursday, November 15, 2012

Entry di Tahun Baru..=)


Assalamualaikum w.b.t

Tak terlambat lagi rasanya untuk ucapkan:

 ~Salam Maal Hijrah 1434H~

dekat pembaca-pembaca blog..hahaha...ada pembaca ke??tak kesah la yang penting nak ucap jugak.. Tahun baru dan tahun untuk membuka lembaran baru dalam hidup dan amat sesuai dengan kehidupan baru Chenta sebagai seorang penganggur..Selesai sudah memegang gelaran sebagai pelajar di IPG Kampus Perlis. Selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai guru pelatih dan kini perlu melalui kehidupan di suatu sudut yang baru. Jadi, move on in life!! Be a good & better person!Yeahhh!

Lama blog menyepi sebab utama adalah untuk memberi sepenuh tumpuan pada tahun akhir sebagai pelajar. Last entry pada Januari lepas dan sekarang dah mid of November..almost 10 months blog ni sepi dari segala entry. Tapi, sebenarnya Chenta selalu je blog walking tapi, entry mmg tiada diupdate.Tekad menyelusuri tahun akhir tanpa blog. (^_^)

Banyak cerita, banyak kenangan yang dilalui..Banyak suka, banyak duka, banyak gembira, banyak kecewa sepanjang 10 bulan yang dilalui. Banyak benda nak kongsi dan sekarang tiba masanya. Mood update blog dah mula dtg! Ini entry pembukaan. Esok, lusa, tulat, tungging akan muncul entry-entry lain.

Melodi D'Hearty is come back!

p/s:Kita berhenti sebentar dan ambil beberapa minit berdoa untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin yang diserang oleh rejim Zionis di awal 1 Muharam..Moga mereka diberi kekuatan dan ketabahan..InsyaAllah..

Allahumma ansuril islam wal mujahidin fil falastinn..Ameen!