CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Sunday, November 27, 2011

Rancangan waktu cuti (>_<)

Assalamualaikum w.b.t

Musim menekan aksara,menulis segala percaturan idea dan musim mengisi masa lapang dah bermula..adalah sikit-sikit masa nak diluangkan pada Melodi D'hearty..kalau tak sebelum ni dah macam dianaktirikan je blog ni..takde inisiatif lngsung nak diupdate..(@_@)..saya bukan BLOGGER tegar!

Bila dah cakap musim cuti,dalam kepala otak ni mmg nak berehat sepuasnya selepas melalui semester yang padat sebelum memulakan semester yang lebih padat..(amboi haih dah tgk jadual utk tahun depan).dalam dok nak rehat,dok la layan jgk citer-citer yang wujud kat stesen TV..maklum la,sebelum ni tertinggal bnyk.rumah sewa Perlis tu mana ada TV(kami pelajar,takde duit nak beli tv!)

Wanita Hari Ini tengok,Buletin 1.30 tengok,Putri Yang Ditukar tengok, Korean series selagi yang ado semua pun tengok, Tentang Dhia, Hong Kong series semua den tengok..hah!erti kata semua tengok lahhhh..!tp,dalam banyak-banyak ni sebenarnya tgh gila tahap melampau dengan Master Chef Malaysia!

Okeyh..Chenta memang minat dengan program masak-masak ni.Nak kata minat masak tu memang takdelah tp,memang dari kecik lagi segala rncangan memasak nak tengok baik Jaafar Onn ke, Chef Wan ke, Florence Tan ker..semua bedal tengok..dapat tengok tuh mmg habes hati la.puas tahap melampau.kalau tak tgk mau muncung sampai malam..Hebat doo penangan rncangan memasak dalam hidup ni..heeeee..^^(patut saya ambik Pengurusan Makanan kat sekolah)

Berbalik kat Master Chef..baru sekarang berpeluang nak tgk..jadi,terpaksa la tgk episod yg terlepas kat youtube..bngun tdo terus bkk dan tengok,lepas mkn bkk lagi dan tengok tp,tak habes-habes plak episodnya..entah bila nak hbes pon taktaw.Tp,serius best la rncngan ni..dulu ada la tengok MasterChef Australia Junior la..tp,yang malaysia ni macam lebih best pulak utk ditonton..mungkin sebab orang Malaysia kan..

agak-agak siapa yang belum pernah menonton,boleh la mula menonton sbb memang best la..bukanlah dengan tengok rancangan ni automatik boleh pandai masak tapi,kurang-kurang boleh la tengok kehebatan orang lain masak.Nak tengok kehebatan sendiri memasak memang tak tertengok la..Kalau dalam Master Chef Malaysia ni orang bagi 45minit bleh hidang 1 masakan yg agak superb tp,cuba bagi Chenta 2 jam pun belum tentu ada 1 hidangan pun..hahaha..

Rncangan ni bagus la..dia ada bg chance utk peserta belajar dengan chef-chef yang handal,ajar tips-tips baru,komen pun membina dari para juri dia.Memang untung siapa yang dapat peluang involve benda ni.Selain tu,dapat explore macam-macam jenis hidangan.Boleh guna kekreatifan pada tahap tinggi dan menggunakan segala panca indera especially deria bau dan rasa dengan semaksimanya.Untung lar.Cukup-cukup sebelum melalut lebih jauh hingga ke laut baik stop.Nak taw lebih lanjut,tengok sendiri ye!

Okeyh..nak teruskan menonton Master Chef Malaysia..dan buat yang lain selamat menonton!

p/s:Untung la kalau dengan tengok Master Chef, saya boleh jadi pandai masak.Harapan!