CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Thursday, March 17, 2011

Tertarik..!

.:.DR.MALIK.:.

p/s:Nantikan entry yg seterusnya utk mengetahui kisah benar..Nak siapkan assignment dulu..xsempat nk ngadap blog lme2..TUNGGU!

Monday, March 14, 2011

Perfectionist atau cerewet..??

Tiba-tiba Chenta menyedari sesuatu..sebelum ni tak perasan sgt tapi,bila org yg paling hmpir dan terdekat dgn diri Chenta berkata barulah Chenta tersedar yg perkara ni mmg wujud dalam diri Chenta..

1. Ketika membuat assignment..kiranya semua assignment la..tak kira membawa pemberatan 60% atau 50% atau 30%.
Chenta ni nak mula bwat kerja mmg lmbt..kalo tak jejak seminggu atau beberapa hari seblum due date jgn harap la Chenta nk bukak kertas soalan tuu..Bila tgk smua dah mula bwat draf nk tnjuk kt lecturer Chenta bwat cool lagi..Tapi,ble Chenta dah mula bukak soalan..dah mula taip PENGENALAN..maka, nak kne tgu pagi due date la bru selesai segalanya. Kdg-kdg org yg mula 2,3,4 hari kemudian lps Chenta pown bleh siap lagi awal..sbbnya?? Chenta sgt menitikberatkan apew yg Chenta tulis..slagi xlngkap semua bahan rujukan..Chenta takkn mula.. kalo Chenta nk letak bhn dlm buku-buku, Chenta akan berusaha smpi dpt buku, bru la Chenta mula..Kalo Chenta dpt isi-isi yg penting..Chenta snggup tlis semula..tmbh apa yg ptut meskipun masa nk hntr tinggal xsmpai 24jam..Kalo boleh nk assignment tu lngkp dgn segala maklumat..kdg2 rse mcm nk bwat pHd pown adew..pulun kan??Chenta akan pastikan semuanya tersusun dan kemas. Kalo time print adew yg slh, Chenta snggup print 2-3 kli even kesalahan tu hnya bhgian header dan footer shja..(^^,)..saya rela membazir, asalkan hasilnya sempurna dan seprti dikehendaki.

2. Membuat slide PowerPoint utk presentation dlm kelas.
Percaya atau tidak..kalo setakat nak bwat presentation yang hanya 5-10 slides tu..kalo xcecah 60 minit kompom la tak siap..pling singkat masa yg diambil adalah 60 minit..kalo tiba time teruja lagi..mau silap-silap 1jam 30 minit..tu baru 10 slides..kalo 20-30 slides..hah??kira la brapa lme Chenta kne peruntukkan masa..Nk pilih background pown dh ambk mse 10-15 minit..pastu blom pilih font lagi,saiz font,wrna font,susun atur font..tu utk 1 slides,slide lain nk kne pk bnda yg sme jgk..hah..x ke lme..bila dah setting smua hal remeh dan temeh tu baru la godek-godek nk taip information yg nak disampaikan..copy 'n' paste mmg tidaklah meskipun bahan tu kdg-kdg dh adew..konon rjin la..haktuih..nasib la tak perlu bwat animations..kalo time bwat tu gatai nk ltk jgk animations even org lain xbuat..hah makin lme la mengadap powerpoint tu..org dh bleh bwat 2,3 kje lain yg Chenta dok la pulun bwat powerpoint yg xsiap-siap tu..org dah tido,Chenta masih pulun menyiapkan powerpoint yg hnya akan dityng kdg2 xsmpi 15 minit pown..tragiskan?

3. Ketika proses membuat Alat Bantu Mengajar a.k.a ABM
Ini lagi satu penyakit Chenta..kalo buat ABM mesti nak yg menarik,wrna terang-terang, wrna-wrni..kalo mengikut perncangan Chenta nak bwat ABM mcm tu,maka hasilnya juga perlu mcm itu..xboleh kurang..contohnya,kalo Chenta ckp ABM tu mesti boleh terbng atau melekat jawabnya..ABM itu perlulah bleh melekat atau terbang..selagi xterbang atau melekat Chenta sama sekali tidak berpuas hati..kalo Chenta ckp ABM itu haruslah bordernya berbntuk rumput dan bunga..maka haruslah begitu pada hasil akhirnya..walaupun takde kecerdasan melukis..tapi,Chenta rela search en.goggle nk cr gmbr bunga dan rumput yg sesuai then print,wrna,potong dan tampal..Dan satu lagi, kalo Chenta ckp nk gne bola berwrna-wrni mcm slalu game show kt TV gne utk dijadikan ABM..maka haruslah didapatkan meskipun sukar dan mahal..hahaha..dahsyatkan?

4. Membeli-belah di mana-mana sahaja tidak kira pasar malam,MidValley,bundle,KLCC dsbnya.
Chenta bukanlah seorng kaki fesyen atau pown dikategorikan dlm yg menjaga penampilan diri. Chenta sebenarnya simple jer..kalo baju pown main pakai ikut sempat dan mudah..tapi, kalo bab nak membeli tdung ker, nak beli selipar ke, nak beli seluar ker..mmg mengambil masa yg lme..hnya Chenta jer larat nak lyn..adik ke, emak ke smua xmampu..tapi,adew yg sudi menemani Chenta kalo shopping iaitu abg Chenta..die sgt tidak kisah..ikt jer Chenta ke mana shja dan seberapa lme pown..dia sgt setia okeyhh..*Terima kasih Abg Mi!!* Kalo bab membeli-belah ni kalo nk beli sesuatu mmg Chenta perlu mse yg pnjg..contohnya kalo Chenta g Jalan TAR nk beli sehelai tdung..percaya atau tidak..Chenta akan msuk dlm 10-15buah kedai..then,bru beli..kalo xjmpe yg berkenan dihati..Chenta akan teruskn perjlnan sehinggalah yg memuaskan citarasa hati..kalo tak jumpe jgk..Yaa..saya rela xbeli lngsng..!Kalo beli ksut sukan..masuk sini,tak minat..masuk sini,tak berkenan..masuk sini,tak cntik..msuk sini,takde saiz..untk membeli sepsng kasut,Chenta snggup ke merata tempat....al-ikhsan,bata, jusco,carefour,Wangsa Walk, Jalan TAR..semua tmpt Chenta snggup pergi..Tapi,kalo Chenta dah minat kt sesuatu benda tu, 1 kedai pown dh cukup dan Chenta akan terus beli..!

5. Aktiviti di kedai buku atau membeli buku dan alatan tulis.
Kedai buku adalah tempat favourite Chenta..kalo g mn2 nmpk kdai buku adalah menjadi satu keWAJIBan untuk masuk walaupun xde nak beli apew2..Masuk sekadar mencuci mata dan melihat buku-buku baru..kalo mencuci mata boleh makan masa selama 15 minit..kalo Chenta membeli-belah di kedai buku..boleh agak tak berapa lme??Kalo nak beli novel,Chenta akan bce semua sinopsis novel yg ada kemudian barulah decide nak beli yg mn stu..kalo nak beli gam, mesti nk tgk yg mn stu murah@mahal, yg mn boleh lekat dgn kuat dan pling tak bleh blah mesti nk tnya pendapt org..hihihi..kalo nak beli punch,mesti nk g try kt kertas dulu..tajam ke tidak punch tu..snggup bkk stu2 kotak utk try semuanya..bila dh jmpe yg tajam,nk kne cr yg mengikut wrna kegemaran pulak..kalo takde wrna kegemaran akan menyebabkn Chenta berfikir 5-10minit utk decide nk beli ke tidak..bertapa lmenya Chenta kt kdai buku hingga menyebabkan mak Chenta pernah meninggalkn Chenta dlm kdai buku sorang-sorang..bila time nk byr bru la Chenta sedar yg "saya sudah ditinggalkan"

PERCAYA ATAU TIDAK
itulah gaya hidup Chenta..rasa-rasanya saya kategori
*
*
*

CEREWET

atau
*
*
*
PERFECTIONIST..??

p/s:Buat yang tidak mengenali..inilah masa untuk mengenali saya..dan buat yg dah mengenali..terima la saya apa adanya..!

Saturday, March 12, 2011

Jepun dan tsunami.:.


Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo. Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap. “Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya. “Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan. Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku. Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh. Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters
(Berita daripada Berita Harian)


Alhamdulillah semua rakyat Malaysia di Jepun dikhabarkan semuanya selamat dan buat sahabat Chenta di sana moga tabah menghadapi semua yg berlaku.

p/s:Sesungguhnya ini menunjukkan kebesaran Allah Yang Maha Esa..jom kita muhasabah diri..!

Tuesday, March 8, 2011

.....

Masalah hati,masalah jiwa dan masalah emosi..!
tak tahu npew lemah sungguh Chenta kali ni..tewas kepada mainan masalah..Mcm dah semakin hilang azam dan semangat..dah semakin hilang jati diri.

Konklusinya,perlukan masa dan situasi yang menenangkan!

..Hanya kepadaMu tempatku mengadu Ya Allah..

Saturday, March 5, 2011

Saya nak pergi..!

SELAMAT PENGANTIN BARU
sygku ika..semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan selamat melayari bahtera perkahwinan..Ameen!

Kalau ikut jnji mmg sepatutnya Chenta dah berada di K.Lumpur utk menghadiri perkhwinan shbat terchenta ni..tapi,apakan daya..keadaan tak mengizinkan..ceramah yg diadakan last minute dah membantutkan impian Chenta nk tgk shbat ini melangkah ke gerbang perkahwinan..

"Alhamdulillah..jodoh ko sampai dulu antara kita yang lain..aku bahagia dengan perkahwinan ko..lps apew yg kau lalui sebelum ni akhirnya kau temui seseorng utk dijadikan teman hidup..Dari awal perkenalan ko dgn bakal suami hinggalah ko dah nikah ni aku sentiasa ada utk mengetahui perjalanannya..tapi,sygnya aku tak dpt tgk dgn mata kepala sendiri hari ko nak naik pelamin..warghh..tragis!! walau apa pun..doa aku sentiasa mengiringi diri kau..!Moga malam ini menjadi kenangan terindah dalam hidupmu sahabat..(^^,)..dan segalanya berjalan dengan lancar beserta keredhaan dan keberkatan dari Ilahi..InsyaAllah!"

Perkhwinan ini juga merupakan satu medium utk pengumpulan warga Septechs semula..tapi,Chenta xberpeluang nak temui mereka..Rindu-rindu terhadap mereka makin membuak-buak..!Serius..saya rindu semua wrga SEPTECHS..!(touching sungguh la malam ni)~
Tunggulah perkhwinan wrga SEPTECH yg lain utk berjumpa dengan mereka semula..!
*Kawan-kawan..cepat la kahwin*

p/s:Ika..agak-agak adew time lagi tak kte nk kluar sme-sme,kita nk chatting smpi pagi buta, kte nk gosip tak ingat dunia,kte nak sembang semua perkara..??..(^^,)
Lps ni turn spew eh..??