CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Tuesday, June 28, 2011

"✿ Cik Ayu's 2nd Giveaway ✿"

Masih sempat menyelesaikan hutang janji dengan Cik Ayu..dah janji nak join 2nd Giveaway yang dianjurkan..nak join??sila la ke page Cik Ayu.:.

Sangat mudah nak join giveaway ni..Caranya:
  1. Copy je ini sebagai tajuk "✿ Cik Ayu's 2nd Giveaway ✿"
  2. FOLLOW Belog HIDUP DAN IMPIAN
  3. Copy banner diatas dan letak dalam belog awak
  4. link banner tu pada blog cik ayu supaya senang nak view
  5. tag 3 orang kawan ada untuk menyertai :)
  6. Giveaway akan tamat pada 20 Julai 2011 Pukul 11.59.59 Malam. Tepat.
Chenta nak tagged--->Cik Tinta, Cik Zara dan Cik Fana!

p/s:Ayu..settle!

Monday, June 13, 2011

Stanza cinta.:.

Selalu entry bloggers tentang Aaron Aziz bersama Nora Elenanya tapi,kali ni Chenta nak tunjuk Aaron Aziz dengan Stanza Cinta..ini adalah cerita terbaru yang akan disiarkan di TV3. Kalau tak silap Chenta 19hb ni akan bermula cerita ni kat kaca TV masing-masing.Laku sungguh Aaron Aziz sejak kebelakangan ini..elok habis Nora Elena 17hb,sambung pulak dengan Stanza Cinta..murah rezeki Aaron Aziz..

tapi,yang lagi best citer ni bukan setakat ada Aaron Aziz je, tapi ada jugak Ummu Hani.Hah!siapa yg tengok citer Hani di slot Lestary setiap Selasa jam 9.00malam mesti kenal siapa Hani..kali ni sekali lagi Nur Fathia pakai tudung tapi kali ni dalam watak sebagai Amni Sorfina.Chenta memang minat dengan Fathia ni..cntik..dan lakonan dia pon best jer. Jadi,memang komfem akan jadi peminat setia cerita ni.

Selain tu,ada jugak Fizz Fairuz..dan watak Fizz dalam citer ni macam dalam Nur Kasih jugak..dengan berkopiahnya..tapi,tak tahu la macam mana pembawakan wataknya..Nak kena tunggu hari Ahad depan la nampaknya..!

Dari segi pelakon memang dah kena tonton sebab memang best cuma kena tengok jalan cerita pulak dan kalau tak silap Chenta cerita ni diadaptasikan daripada sebuah novel..
Ini novelnya
*
*
*
*
*
Chenta pon tak pernah baca novel ni dan sekarang baru Chenta tahu wujudnya novel ni.Sempat la baca sinopsis novel ni sikit-sikit melalui pencarian bersama dengan Encik Google..dan siapa nak baca boleh la KLIK SINI.

Nak try search dekat MPH atau Popular la..mana tahu kot ada lagi.Boleh rembat satu dan baca cepat-cepat nak dapat gambaran sebelum ceritanya mula ditayangkan. Oh..Stanza Cinta!

p/s:Apa makna stanza cinta ye??Okeyh..Kamus Dewan please!


Sunday, June 12, 2011

Cerita Teluk Intan.:.

dari kiri:timah,kak ikin,des shamsul,iman(beriba),atin a.k.a adik pengantin perempuan,chenta

SELAMAT PENGANTIN BARU
buat:
*
*
*
KAK IKIN DAN DES SHAMSUL
Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dibawah lembayung Ilahi..(^^,)
Ini memang pasangan pengantin yang paling superb dan sempoi..!best2x!

p/s:Credit to Jeng for this pic!

Friday, June 10, 2011

Mencari hobi baru...

Walaupun cuti hanya berbaki seminggu dan lebih-lebih tapi,baru sekarang Chenta dapat tahu yang Chenta takde hobi..Kalau dulu ada je masa lapang,rajin la nak belek-belek novel,laju je khatam kalo pekara yang melibatkan novel tapi,sekarang tak lagi..1 novel pown dah makan masa dekat setahun baca..(^_^)..itu pown kalo ketebalan novel tu sekitar 500m/s, kalau lebih mungkin makan masa 2tahun kot..

Dan sepanjang cuti ni memang macam mati kutu..tengok movie ke,tv ke pon pilih-pilih je..kalau ada muka Remy Ishak,Shaheizy Sam..hah,baru la nak tengok tapi,kalau setakat letak Aaron Aziz tak jalan ohh..Nora Elena pon tak layan..padahal sekarang citer tu la yg jadi fenomena..Tapi,tak jalan! Movie kt wayang pon kurang tgk..dulu kartun pon layan, komedi pon layan, romantik lagi la layan tapi,sekarang tak taw kartun apa yg wujud kt wayang tuh..

dan dengan kata mudah Chenta dah kehilangan HOBI!

Agak-agak apa benda yang syok untuk dibuat hobi ye??

1.Menjahit
Hahaha..ini kalo buat hobi memang sesuai setakat 2,3 hari je la..lepas tu memang entah ke mana benangnya,ke mana jarumnya,kemana kainnya..last-last,apa pon tak dapat..sepasang baju pon belum tentu siap dijahit..dan lagi yang pasti,jahitan kia dengan jelujur je Chenta tahu..dah,macam mana nak menjahitnya..??Kompem-kompem takde bakat dan minat dalam bab jahit menjahit nih..So,

tak sesuai dijadikan HOBI!

2. Menjadi Photographer
(^^,)..Bagilah semahal mana harga kamera nak suruh jadi photographer..memang tak memberi impak kt Chenta..tengok orang dok capture view sana, view sini, memang kagum sungguh tapi, itu bukan jiwa Chenta..ada penyakit suka tengok tapi, tak suka nak mencuba.tengok Mr.Syazwan Yazid tangkap gambar orang khwin macam syok je..tapi,tak sngkut jugak..!kamera yang sebijik Abah bagi pon takut-takut je Chenta nak keluarkan..bila orang paksa baru la terkial-kial nak tangkap..padahal,kamera ada je dalam beg!

Jadi,ini bukan HOBI baru Chenta!

3.Membuat kraftangan
Agak menarik..Chenta memang minat dengan kerja-kerja kraftangan ni tapi,lngsung takda bakat bab-bab ni.Tangan ni keras je kalo kerja-kerja melibatkan kraftangan nih.Orang lain gentel-gentel pakai sebelah tangan je tapi, Chenta pakai dua belah tangan pon belum tentu nak jadi. Dah la tak kreatif,kalau buat kraftangan memang tak menarik langsung.huhuhu.Tapi,sebenarnya ada satu kraftangan yang dah menarik minat Chenta untuk terokai nak tahu kraftangan apa..try KLIK SINI..menarik tak?Nanti kalau betul-betul best,boleh la kalau nak try tapi nak jadikan HOBI..

**BELUM LAGI**

4.Buat cupcakes
Keinginan untuk belajar buat cupcakes tuh memang ada la..sebabnya,cupcakes tu sungguh la comel-comel..memang sedap mata memandang dan kadang-kadang sampai sayang nak buat makan.Chenta suka sangat tengok,nak makan tu takdelah sangat sebab Chenta bukan addicted sangat dengan kek2 ni juz nak belajar buat dan bagi orang makan..(^^,)..dan bukannya nak buat perniagaan ke..juz nak belajar dan isi masa lapang tapi,biasalah..kalo bab2 nak belajar ni biasalah..bnyk bajetnya dan bnyk bahannya nak guna..jadi,kos pon tinggi.Jadi,nak buat HOBI kena mintak support dari mak dengan abah!tak boleh main suka-suka nak terjah!

Jadi,sukar untuk dijadikan HOBI.

5.Aktiviti lasak
Climbing,kayak',hiking...cukup ke kekuatan serta kudrat Chenta nak jadikan aktiviti lasak ni sebagai satu hobi yang baru..??

Aihh..konpius..kena fikir dulu ni!

Jadi,apa HOBI yang betul-betul sesuai dengan Chenta??Any suggestion?Dah mula boosan!

p/s:Tapi,rasanya paling best nak jadikan hobi adalah ber'shopping'..Jalan TAR..dah rindu nak round-round nih!


Wednesday, June 8, 2011

KL Gangster.:.

Okeyhh..ni antara movie yg mmg Chenta tunggu-tunggu untuk ditonton:

KL GANGSTER!
Tadi dah siap godam-godam laman web GSC semata-mata nk tgk wktu tayangan untuk esok..dah nak tekan "booking"..dah angan-angan nak tengok Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof dan yang paling pasti Zizan..uh..tak sabar nak tengok citer ni..Thriller dah tengok dekat 10 kali dah tapi,tak jemu jugak..memang Chenta dah masuk kategori WAJIB tonton filem ni..

tiba-tiba;

Chenta: "Mak,nak tengok KL Gangster esok..boleh mak??"
Mak: "Isyh..ganas sangat mak tengok citer tuh."
Chenta: "Bila mak tengok??"
Mak: "Ari tu..dalam wayang time tengok Nur Kasih..lawan je semua.."
Chenta: "Ohhh..tu thriller jer..tak ganas la..boleh ea?"
Mak: "Tak payah la..ganas sangat..citer tu elok untuk org lelaki je..kamu perempuan..tak payah la..tengok citer lain..nanti g tengok citer Sam berlakon dengan MiaSarah tuh..Hah!citer tu okeyh."


Oh..hampa..tak dapat tengok!


p/s:Up to date okeyh mak saya..semua citer kt wayang di taw..!Yang dah ditayangkan,sedang mahupun belum ditayangkan..semua di tahu!!

Sunday, June 5, 2011

Berehat+bercuti..(^^,)


Destinasi yang dituju dalam tempoh beberapa hari..ada tugasan yang perlu dilaksanakan..!

p/s:Nanti Chenta update later!

Saturday, June 4, 2011

Sebahagian cerita di S.K Sungai Berembang Part Akhir

Cukup 4 minggu Chenta menimba pengalaman di SK Sungai Berembang dan 15hb April yang lalu selesai tugasan yang diamanahkan untuk Semester 5.Selesai berpraktikum Fasa I..Even hidup jadi tunggang langgang sbb nak biasakan diri dalam situasi baru..but,enjoy! Before kami menamatkan sesi berpraktikum pihak sekolah buat sedikit majlis perpisahan..
Ohh..tak sangka sungguh..!

Cenderahati dari pihak sekolah kepada semua guru yang berpraktikum..(^^,)

Dalam tawa tu,,ada kesedihan dihati..sedih pulak nak tinggalkan sekolah..!
Tapi,masih banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan di maktab..jadi hidup harus MOVING ON!

Sesi bersalaman bersama murid-murid dan guru-guru.

Gambar kenangan bersama sebahagian warga SK Sungai Berembang

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang.
Lain kali kita jumpa lagi...(^^,)

Terima kasih buat semua warga SK Sungai Berembang..budi baik kalian akan dikenang selamanya..TERBAIK!

p/s:Praktikum Fasa II akan bermula 4 Julai..SK Bintong..tunggu ketibaan SAYA! Moga segala urusan akan dipermudahkan..AMEEN!(^^,)

***SELESAI***

Friday, June 3, 2011

Sebahagian cerita di S.K Sungai Berembang Part 3

Selain menjalankan sesi P&P di dalam kelas..sebenarnya banyak peluang lain yang dapat Chenta perolehi sepanjang berpraktikum..Banyak perkara yang dapat Chenta pelajari dan yang paling pasti banyak pengalaman yang dapat Chenta perolehi..dan yang pasti semuanya akan menjadi sesi pembelajaran yang paling berguna buat diri Chenta.:.

Dan selalunya apa yang Chenta lakukan ketika berpraktikum..belum pernah Chenta lakukan sebelum ini..it was the great experience that I had..!Awesome!

Antaranya:

1. Menjadi instructor aktiviti senamaerobik.:.
ambik ko..sebelum ni kalo kat maktab org dok buat poco-poco ke,aerobik ke..asyik la jadi tukang ikut..tgk jer dari bawah..dan kalo rasa semangat sikit..baru ikut dan kalo rasa agak malas..hah..memang Chenta duduk je la melangut tengok org aerobik sambil gelak-gelak kat belakang..dan sekarang baru ko taw apa rasanya bila kena ddk depan..aii..mula-mula rasa muka dah macam udang kena bakar..tapi,mengenangkan depan tu semua murid..buat muka cool jer..hahaha..peduli la dengan segala kekerasan anggota badan time beraerobik..yang penting..BUAT DENGAN PENUH keyakinan..! (^^,)

2.Latihan kebakaran..terbakar oh terbakar..!
Time ni memang Chenta jadi tukang ikut jer..just memberi arahan time loceng kebakaran tu berbunyi..suruh la budak-budak gerak ke padang..masa ni Chenta baru selesai diobserve dan apa yg paling terharu cikgu yg handle part ni snggup tunggu smpi Chenta selesai diobserve baru dia bunyikan loceng semata-mata nak bagi chance kt Chenta diobserve dalam keadaan yang sempurna..takdelah tgh ngajar2,lect tgh dok usha kita kt belakang sekali loceng bunyii..tak ke haru jadinya...langkah pengajaran entah kemana,penutup entah kemana..Jadi,mmg terharu atas kerjasama yg pihak sekolah berikan..(^^,)..cikgu lain sibuk ambk gambar,bagi penerangan bagai tapi,Chenta boleh ddk sembang dengan guru pembimbing..bajet cikgu veteran..tak sedar diri la Nasiha Sharif!

3.Pengajaran luar bilik darjah.
Memang ini antara planning awal yg Chenta dah rncang since bermulanya praktikum..memang nak buat sesi P&P kat luar kelas dan apa yang pasti memang happening la time wat kat luar kelas..aktiviti pon of course lain dari lain kalo dah buat luar kelas..Nampak..sikit punyer banyak bahan kena bawak..dengan kulit telur la,magic colour bagai la..hahaha..tapi,biar susah-susah sikit yang penting anak-anak saya ni happy bila belajar..sambil do some activities,sambil diaorng learn something..!Kalau ajar kat luar,cepat je dapat kalau suruh eja..kalau tanya,"Sapa nak eja??"..berebut-rebut nak eja even tunggang langgang ejaannya..hahaha..sometimes dgr diaorng eja boleh buat Chenta tepuk dahi..adoyaii..!
p/s:Tapi,buat aktiviti luar kelas ni mmg bnyk cabaran..apa pon yang penting murid saya happy dan enjoy..!

4. Menjadi orang penting ketika persembahan anak-anak Pemulihan.:.
Ini adalah aktiviti yang tidak terduga..Chenta kena handle persembahan untuk anak-anak Pemulihan ni..ini semua rncangan guru pembimbing..nak tak nak..haruslah kata SETUJU even masa tu tahap keyakinan Chenta tak sampai pon 1%..huaaa..dalam kepala otak dah pening..tak pernah rasanya kena conduct budak2 ni dari latihan, aksesori, sijil,jadi MC,dan segalanya sendiri! Ohh..memang mencabar keyakinan serta keberanian saya..!Masa latihan boleh relaks lagi sbb dlm kelas jer..buat aksesori dgn sijil takpela..belakang tabir punyer cerita tapi,bila dah masok kena jadi MC dan kena conduct dekat depan time budak-budak ni nyanyi memang boleh buat pengsan..!Aihh..tak pernah aku interframe..hah!ambik ko..interframe la puas-puas..lantakkan la kalau orang lain nak cakap apew..!sekali lagi walaupun dah ketar-ketar lutut time perhimpunan tuh tapi,tetap maintain Y.A.K.I.N..sebab saya nak salurkan keyakinan itu kat anak-anak yang nak menyanyi time perhimpunan..and Allhamdulillah..everything was okeyh..even.takdelah terbaek sangatt..!(^^,)..

5.Jaga exam..Oh..kesabaran saya tergugat!
Oh..kalo cerita bab jaga exam..memang boleh mengugat iman dan jantung..memang paling mencabar..!tak pernah rasanya bila masok kelas rasa nak habis cepat-cepat tp,bila time jaga exam tuh yg terjadi..sentiasa tgk jam nak tunggu exam habis,..1jam rasa macam tunggu 1 hari..Ohh..murid-murid saya tak tahu apa itu erti EXAM @ PEPERIKSAAN..relaks jer diaorang cikgu masuk nak mula exam ni..boleh sembang-sembang..bila dah dapat soalan exam..relaks jer depa dok main tanya-tanya..Oh..ini exam okeyh..!jenuh pegang pembaris panjang,jenuh jerit-jerit..tp,mereka tak makan saman..dan masa jaga exam ni la kesabaran saya betul-betul tercabar. Time jaga exam utk paper Pendidikan Islam..ada seorang student ni dia baca ayat hafalan utk isi tempat kosong tu dengan tersangat la kuat..Oh..takpe..mungkin dia nak recall balik..cuma saya pesan perlahan sikit sbb ganggu kawan..elok saya tegur..dia boleh bantai menyanyi dengan kuat time exam..!OMG..!saya tegur,dia buat lagi..saya tegur,dia makin kuat, saya tegur lagi..ohh..die buat tak heran..!Okeyh..fine kesabaran dah tinggal 2%,sikit je lagi pembaris panjang nak kena badan student tu sbb saya nak pukul..!tak tahan punyer pasal..!Kalo time tu kesabaran dah tak sampai 1%,makanya jadi dalam sejarah la saya memukul student..hahaha..dhsyatkan??

6.Kem Pemantapan Akademik dan Kerohanian..(^^,)
nothing to say..but it was enjoyable moments..!Buat Chenta teringat zaman persekolahan Chenta..and it was great!Namapk kesungguhan mereka bermain..??Begitu jugak Chenta dahulu..keterujaan bermain mengatasi segalanya..!Tapi,masa ni Chenta handle bahagian baling belon air..masa tu saya nampak kesungguhan mereka untuk menang,saya nampak kerjasama mereka as a team..!dan saya perasan aktiviti macam ni memang dapat memupuk banyak nilai-nilai murni secara tidak langsung..!so,ini kem untuk tahun 6 dan to:
all students tahun 6 SK Sungai Berembang..all da best '4' UPSR my dear..!

7.Jurulatih sampingan bola tampar.
Ini hadiah paling bernilai buat kami guru pelatih..usaha untuk datang turun trainning student membuahkan hasil..tidak sia-sia segalanya..even saya hanya jurulatih sampingan atau dengan erti kata lainnya saya adalah kaunselor tidak terlatih pasukan!hahaha..bahagian bagi semangat Chenta boleh la tapi,bab melatih saya fail..time kat maktab ambik gerko Bola Tampar pon saya menjadi antara pelajar terlemah..macam mana gayanya nak jadi coach bola tampar..??Impossible rite??tapi,macam biasa..Chenta maintain yakin time ajar budak-budak ni main ibaratnya Chenta memang pro sangatt lah main bola tampar..hahaha..(^^,)..jadi cikgu memang perlu hipokrit kadang-kadang.:.Latihan datang,masa perlawanan peringkat kumpulan datang, separuh akhir datang, akhir lagiii la datang dan akhirnya...
*
*
*
*
*
YESSSS!
We're CHAMPION!

p/s:Part terakhir akan menyusul..!

Thursday, June 2, 2011

Beritahu Chenta-->The Invigilator

Dah 2,3 kali Chenta layan cerita pendek ni tapi,sampai sekarang masih tak faham endingnya. Tapi,Chenta tahu bnyk mesej yang hendak disampaikan but,tak tercapai akalku..
Oh..anybody boleh tolong fahamkan Chenta..??
it was really nice story..(^^,)

Sebahagian cerita di S.K Sungai Berembang Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Part 1 dah selesai dan sekarang dah masuk part 2..ni sebulan pnyer citer praktikum..tak taw la smpai part mana bru habis cerita segalanya kt blog nih..Cuba byngkan kalo 1bln pnyer praktikum boleh jadi smpi 5 bhgian kalo 2 bln praktikum boleh jadi 10 part cter pasal praktikum..alih-alih,blog ni penuh dgn cter praktikum jer..nak tulis bosan..yg membaca berjuta kali la bosannya..hahaha..tak gitu??

Dah hmpir 2 bulan selesai praktikum tp,bru sekrg Cik Chenta bermasa=berpeluang nak update segala yg berlaku sebab skrg saya diambang percutian yg indah..jadi,Chenta dah wujudkan satu persamaan ibarat macam persamaan kimia la..ala2 gitu la lbih kurang..:

rehat+tgk segala citer di tv+menambah lemak+melengkap jam tidur iaitu 12jam sehari+menghadap fcebook smpi juling+jenguk2 twitter(pergh..dah ada twitter)+wayang.wayang.wayang+update blog=C.U.T.I!

Jadi,bila wujud jer istilah cuti, maka formula ini akan Chenta gunakan bagi melengkapkan rutin harian di rumah..!Indah sekali hidup kalau cenggini rupanya..^^,

Okeyh berbalik pada cerita asal..nak share cerita pasal Chenta berpraktikum..kali ni tak nak cter bnyk cme nk tnjuk mcm mn Chenta jalani kehidupan as a guru PELATIH..mencabar kot!Kali ni biar gambar yang bercerita-->

Tiap-tiap hari saya perlu berhadapan dengan anak-anak ini..kalo Tahun 3 tu ada la dalam 5 orang dan Tahun 2 pulak ada dalam 7 orang..dan semuanya mempunyai perwatakan yang berbeza-beza..12 orang tu la yg Chenta dok kepit tiap-tiap hari..Biasalah,kelas Pemulihan ni muridnya memang ciput-ciput jer dengan tujuan supaya cikgu boleh bagi fokus sepenuhnya kt depa-depa nih..Hah..tak caya??cer try tgk gmbr atas ni..tu time waktu kelas tahun 3..ni nasib baik ada la 4 orng,ada sekali pernah kelas nih tinggal seorang jer muridnya..cikgu buat ABM bagai nak rak sekali tinggal sorang jer murid..alahai..kuciwa rasanya..hahaha..!


Tapi,yang stylenya jadi cikgu Pemulihan ni..boleh duduk time ngajar..dah nmpk tu anak murid Chenta tinggal sorang jer..takkan la nak ngajar kuat-kuat..nnt tergnggu kumpulan lain so,conclusionnya ajar kt satu bahagian dan fokus betul-betul kt murid-murid ni..fokus setiap kelemahan dan kekuatan diaorang..Kalo tgk kt gmbr atas ni..ayat yg Chenta sediakan dalam 5 ayat jer tp,nak bagi anak saya ni boleh membaca dengan lancar tersangatt la mencabar kewibawaan..ajar bnyk2 kali pown tp,kejap je karang die dah lupa balik..ohhh..sabar okeyhh!

Tapi,serious student saya ni..die sangat rajin utk membaca..setiap kali dia nak eja atau baca Chenta nampak kesungguhan die untuk mencuba..
Cikgu bangga dengan kamu sayang..!

Nampak bertapa stylenya cikgu Pemulihan lagi..anak murid tinggal 2 orang jer..nampak tak mereka khusyuk..??anak murid duduk,cikgu pon duduk..memang boleh fokus habis la kt budak-budak ni..

Anak murid tertonggeng..dengan cikgu-cikgu sekali tertonggeng..tengok stylekan cikgu Pemulihan..anak murid main,cikgu join sekali..mana tak rapat dan sgt akrab dengan murid..semua murid buat, cikgu join sekali..nampak kad-kad berterabur..tu la rutin harian iaitu membina ABM..part membina ABM adalah part paling mencabar sepnjg praktikum selain daripada part kawalan kelas..Chenta ni tak kretif jadi mmg menjadi masalah yang teramat-amat besar la kt Chenta dalam hal-hal membuat ABM..fuuhhh..mencabar kekreatifan sungguh aihh..!
Nampak dalam dok main pown tak fokus anak-anakku ni..boleh perasan lagi org nak tngkp gambar..tu time main..kalo time wat latihan lagi la..
Cuba tgk gmbr bawah sebagai bukti
*
*
*
*
*
Hahaha..orang dok suruh buat latihan,dia sempat lagi pose nak tangkap gambar..Diaorng ni tak boleh lngsung ada gangguan dalam kelas,,kalo ada gngguan mula la nak hilang fokus..!
Aihh..

Macam-macam aktviti yang nak kena rancang bagi anak-anak saya ni dapat menguasai setiap apa yang saya ajar..ajar kena,bagi buat latihan kena dan paling penting nak kena bagi main jugak..barulah diaorng ni syok nak masuk kelas..kalo ada aktiviti nyanyi ke,aktiviti seni ke, aktiviti melawat ke luar kelas ke..memang akan jadi aktiviti kegemaran mereka..Nama pown kanak-kanak jadi memang dah lumrah kehidupan mereka macam tuh..

Khusyukkan anak saya memancing ikan..??hahaha..


Dari mengajar berdiri,duduk sampai la terbongkok-bongkok..dari belajar,buat lemabaran kerja dan bermain..semua cikgu dah bagi hinggalah sampai menulis..
atas PASIR..
semua cikgu dah guna..semata-mata nak bagi anak-anak ini menguasai kemahiran asas..dan yang pasti pencapaian mereka tak datang bergolek..Mereka perlu sentiasa dilatih..!

*********************************************************************************

Jadi,kini saya sedar besar peranan seorang guru..!Banyak usaha perlu dilakukan,banyak perkara perlu dilaksanakan,banyak kekuatan yang diperlukan,banyak kemahiran diaplikasikan,banyak kesabaran diuji dan jangan sekali-kali BERPUTUS ASA..!