CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Saturday, December 31, 2011

Ini bukan penangan Ombak Rindu.

Assalamualaikum w.b.t

SINOPSIS:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah.Bapanya,Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka.Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu.Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir ALLAH,pada hari yang sama,suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi?Bagaimana pula dengan Jad?

Ini penulis yang Chenta minati dan inilah sebabnya Chenta berusah jugak beli novel ni even sumber kewangan tak berapa nak baik.Walaupun, mood baca novel dah kurang tetap nak beli sebab Fauziah Ashari!

Ini bukan sebab OMBAK RINDU okeyh!

p/s:Dah beli 2 minggu tapi,baru baca sampai m/s 70.Baca ke mengeja ni?
Mungkin ini disebabkan faktor USIA (^_^).

Thursday, December 29, 2011

18 tahun punyer pasal.

Assalamualaikum w.b.t

Kalau ikut tajuk memang terhasil daripada rasa frustrated..haha.Niat dihati nak ajak adik-adik teman la tengok movie kt bawah ni.
*
*
*
*
*
*
Ini semua disebabkan minat sunguh-sungguh dekat Shaheizy Sam.Orang cakap tak best tp,nak tengok jugak tambah-tambah terpengaruh dengan pengulas filem kat dalam surat khabar cakap yang positif-positif tentang filem ni.Jadi,sebelum balik maktab tu nak la tengok.Tapi,tapi,tapi,

18 tahun punya pasal..niat tak kesampaian.Dah kembar yang sentiasa menjadi teman setia tuh baru berusia 15tahun,jadi tak syok la nak bagi diaorg tengok movie yg tak sesuai dengan umurkan.

Jadi,sebagai seorang yang PRIHATIN terhadap keperluan adik-adik meningkat remaja, tak memasal Chenta terpaksa la tengok filem yang tak pernah disangka dan tak pernah teringin nak tengok.Jeng.jeng.jeng.
*
*
*
*
*
FLYING SWORDS OF DRAGON GATE
hahahahaha..^_^

Time beratur tuh dah perasan muka Jet Li.Jadi,tengok waktu tayangan sesuai dan masih dalam tempoh yang tidak terlalu lewat maka,berjayalah filem ini ditonton.

"Overall,best sebenarnya filem ni.Memang sedikit tak faham jalan cerita tapi,boleh layan la.View sepanjang cerita memang cantik-cantik.Padang pasir,lautan biru..semua ada.Kalau tengok 3D lagi super duper BEST!!!Penuh dengan dramtik dan keganasan.Selamber je sembelih kepala orang.Wah,brutal kot.Yang tak disangka jahat rupa-rupanya bapak segala jahat.Cis!Terpedaya sepanjang cerita.Banyak sangat-sangat aksi dalam filem ni.Kejap-kejap kung fu,kejap-kejap lawan.Tak sempat aihh nak rasa ngantok"

Okeyh,erti kata lain ini filem yang boleh ditonton tanpa rasa rugi!Dalam wayang tadi pun,penonton Melayu sama banyak dengan penonton China.Dahsyatkan?

Tapi,suka tengok heroin filem ni.Tak tahu nama tp,prnh tgk dekat tv.Cute la muka dia.(@_@)

Siapa yang ada masa lapang,boleh la ambil peluang pergi menonton filem ni.Tak rugi!
Berdesuppppppp.!
(bunyi konon-konon berlari nak pergi beli tiket)


Ini jadinya.kalau dah lama tak tangkap gambar!
Dekat mana ni eh?


p/s:Misi sebelum pulang ke institut tercinta belum selesai.Ayuh!

Saturday, December 24, 2011

Cabaran apabila berPRAKTIKUM!

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba,malam yang dingin ni buat Chenta teringat time praktikum fasa 2 yg dah berlalu beberapa bulan yang lalu.Aihh..rasa tragis kalau ingat pasal praktikum masa tuh.Nasib amatlah tak menyebelahi.

Fasa 1 dapat sekolah yang super duper best,fasa 2 pun sekolahnya super duper best tapi,nasib yang diterima masa kedua-dua praktikum adalah SUPER DUPER BERBEZA! dan melalui pengalaman praktikum masa Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Bintong,01000 Kangar,Perlis..apa yang boleh dikatakan adalah cabaran paling besar sepanjang praktikum itu adalah apabila
*
*
*
*
*
*
diOBSERVE TANPA diberitahu!

Mungkin sesetengah orang akan kata:
"Biasalah tu","Ala,nak kisah apa nama pun praktikum","Tak luar biasa pun","Taklah mencabar mana","Itulah baru praktikum sebenar" dan seterusnya.

Okeyh,kalau nak ikutkan memang tak dahsyat mana atau tak seteruk mana tapi,bagi Chenta ia amat-amatlah mencabar.Maklumlah,Chenta bukanlah orang yang dikurniakan dengan idea-idea yang sangat kreatif dan menarik setiap masa. Berbekalkan dengan jadual 12 waktu seminggu dengan erti kata lain setiap hari ada kelas dan kadang-kadang 1 hari, 4 waktu dan ia amat memeritkan.

Hari ni idea banyak,mencurah-curah hinggalah ke ladang gandum dan okeyh,kompem akan dilaksanakan dan dalam doa punya la pulun..okeyh,datanglah observe,datanglah observe!Tolonglah!Tolonglah.

RPH done!,BBM done!

10 minit sebelum kelas-->mintak-mintak puan dtg.
9 minit -->;mana puan ni?tak datang pun.
8 minit -->cuba dengar,cuba dengar bunyi kasut puan kot tuu.
7 minit -->isyh,takkan tak datang.
6 minit -->;alahai puan..datang cepat.tak sabar ni.

65 minit kemudian-->anak murid baik punya perangai,P&P best!,aktiviti bapa punya best!objektif tercapai,semua berlangsung dengan AMAT berjayanya!
"FRUSTnya puan tak datang!huaaaa!

Okeyh,idea tak nak muncul,induksi nak buat apa ye?nak ajar pakai apa ye?PowerPoint ke?takde yg best lagi ke?bahan apa nak guna?nak buat macam mana BBM ni nak bg berkesan?aktiviti apa nak buat eh?..alahai,idea muncul la.muncul la.takkan nak hentak kepala kat dinding baru nak curah-curah idea?TENSIONNYA!

Harap-harap puan tak datang la.jangan la datang puan.Okeyh,kompem la puan tak datang. ^_^
RPH done!BBM yang halai balai done!

10 minit sebelum kelas bermula --> eh,takde lagi bunyi kasut puan.erm..tak datang lah.
9 minit --> Tinggal berapa minit je ni.sah puan tak datang..lega-lega!
*
*
*
5 minit -->Morning Cikgu Nurul,Cikgu Nasiha!

Oh..Tuhan tolonglah aku!

Kelas berterabur,student taknak buat kerja,P&P biasa dan tiada keistimewaanya (langsung tak menunjukkan kreativiti sbg guru pelatih wibawa)..dan objektif tidak 100% tercapai!

Inilah saat-saat air mata nak menitis semahu-mahunya!Huaaaa!

Dan inilah yang Chenta rasai sepanjang 2 bulan berpraktikum.Hari-hari tak tenang.Hari-hari rasa macam nak kena terjah.Hari-hari nak kena kuatkan mental,semangat dan jiwa.Tiap-tiap hari kena pasrah dan redha dengan apa yang bakal berlaku.Hari-hari rasa nak buat the best, tapi bukan hari-hari dapat peluang tu.

*Sedih.sedih dan sedih.*

Okeyh,taknak menangisi apa yang dah terjadi dan harap boleh dijadikan cabaran dan pengalaman baru nak menghadapi praktikum yang terakhir.Kalau jadi lagi,dah ready segalanya.Dah dengar ura-ura nak dapat sekolah mana tp,tak tentu.Nanti update bila dah sah!

*tetibe rasa rindu dekat anak-anak SK Bintong*

ini anak-anak kelas perdana yang pertama Chenta ajar.Hensem-hensem dan comel-comel semuanya!

dan ini namanya:
*
*
*
*menumpang kasih dekat kelas orang lain*

p/s:Harap-harap selepas ni bila diobserve akan diberitahu.Berilah peluang untuk saya tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada biasa!

Monday, December 19, 2011

Button Badge

Assalamualaikum w.b.t.

*ini gambar ihsan Encik Google*

Ini bukan entry untuk meniaga sebaliknya,hanya nak tanya siapa yang mempunyai button badge(kalau tak tahu apa itu button badge,sila tengok gambar diatas) yang tidak digunakan atau dah taknak,nak buang,dah taknak simpan jadi khazanah,nak derma,nak separuh je,separuh tak tahu nak buat apa,takde tempat nak simpan atau sebagainya yang sama erti..maka,

ANDA dialu-alukan untuk memberi sebarang komen di entry ini dan tinggalkan email atau apa-apa sahaja alat atau medium untuk menghubungi saudara serta saudari.

Ini kerana,saya ingin mendapatkan button badge terpakai untuk projek yang akan datang.Erti kata lain projek tahun baru.Daripada saudara dan saudari buang,adalah lebih baik diberikan kepada saya dan kita kitar semula.Hehehe..^_^

Saiz,bentuk,warna,gambar,corak dan sebagainya adalah tidak kisah.Apa-apa sahaja asalkan ia adalah button badge.

Kerjasama daripada pihak tuan,puan,saudara dan saudari didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

p/s:Kalau ada kenalan,boleh suggest2kan jugak ea.

Friday, December 16, 2011

Hukum Hudud.:.

Assalamualaikum w.b.t

Chenta sendiri kurang pengetahuan berkaitan perkara ini dan Alhamdulillah dapat peluang untuk mendalami berkaitan dengan hukum Allah ni.

Ringkas dan padat serta mudah difahami!Seronok dengar penerangan ustaz-ustaz ni sambil-sambil penampilan khas Bob Lokman dan,dan,dan....MATLUTHFI!

Pengetahuan yang sebelum ni hanya sebesar kuman dah semakin bertambah dan moga akan terus bertambah.InsyaAllah.

Jom kita tonton.Tambah ilmu.Tambah pengetahuan.


.:.Terima kasih buat mereka yang berusaha menghasilkan video ini.:.


p/s:"Mencuri gitar adalah haram,curi hati tak pe"
Dalam banyak-banyak,ni jugak yang paling cepat masuk dalam otak!

Aku Bukan TomBoy!

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama Chenta tak berkesempatan nak update blog..dgn sibuk balik kampung+badan tak berapa nak sihat jadi,mood update blog yang membuak tu tak kunjung tiba..Jadi,hari ni baru lah ada feeling sikit nak update.

Sambil-sambil rehat dan dalam usaha menyihatkan dan menyegarkan badan ni semula, sempat la Chenta tengok movie yang dah lama pun ditayangkan dipawagam tapi,Chenta baru sekarang ada peluang tengok. Bukan takde niat nak tengok dekat pawagam tapi,masa tu tengah sibuk-sibuk study untuk EXAM, makanya mana ada masa nak jejak kaki ke tempat cenggitu. Baik duduk umah study..Fuhh..rajin!

Syok jugak bila layan movie ni.Boleh la buat bahan untuk gelak gila-gila sebab adanya Harun Salim Bachik dengan A.R. Badul.Memang bila ada part dua pelawak yang memang superb ni boleh gelak terbahak-bahak la.Lama dah tak tengok filem yang kelakar-kelakar ni sekali, time cuti dapat tengok memang seronok la.

Pelakon best,jalan cerita simple,tapi takde la sampai boleh jadi filem yang dikagumi atau terlalu superb.Hanya untuk hiburan semata dan yang mana baik boleh dijadikan teladan,yang buruk kita jadikan sempadan.

PERHATIAN:
Moga masalah-masalah seperti lesbian,pengkid dan semua yang dipaparkan dalam filem ni dapat dijauhi dalam kehidupan anak bangsa akan datang.Ameen!

Eh..boleh layan la filem ni even dah lama.Biar la ketinggalan pun janji dapat tengok Shaheizy Sam!Hahaha..okeyh,Chenta memang minat dengan Shaheizy Sam.

Bagi yang tak sempat menonton lagi..jadinya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Boleh tonton DISINI<---klik sini okeyh!


p/s:Biarlah orang kata lakonan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu paling hebat,tapi rasanya tak boleh lawan dengan Shaheizy Sam.Bolehkan macam tu? ^_^

Thursday, December 8, 2011

Tonton JANGAN tak tonton!


"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik"

Ali Imran:ayat 133

Permulaan dan pengakhiran.:.

*ihsan Mr.Google sekali lagi*

.:.Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah dan ia pun berhilir hanya kepada Allah.:.

(ini ambik dari suatu laman web,indah ayatnya..jadi,sesuai untuk dikongsi bersama)

p/s:Wahh..jiwa-jiwa plak malam ni!Dushhhh..selamat malam!

Wednesday, December 7, 2011

.:.Wordless Wednesday.:.

Alhamdulillah..Moga ia dapat dikekalkan dan ditingkatkan.

p/s:Kenalpasti dimana kelemahan dan cuba memperbaiki sebelum bermula semester baru.InsyaAllah.
Konon wordless wednesday..tp,bnyk jugak tulisnya.

Tuesday, December 6, 2011

Terjah laci SENDIRI!

Assalamualaikum w.b.t

Cuti yang panjang sambil tak tahu nak buat apa atau erti kata lainnya takde keje,maka Chenta telah merajinkan diri untuk mengemaskan laci yang berserabut dengan bermacam jenis benda.Chenta sendiri dah lupa berapa lama laci ini tidak berkemas.Sila jangan ikut sikap *malas* ini.

Bukak-bukak jer laci tuh..berdebushh habuknya..hukhuk..pastu melimpah luah segala macam benda yang tersimpan rapi buat beberapa tempoh waktu.Tapi,agak menarik sebab baru perasan satu sikap baru dalam diri Chenta iaitu suka menyimpan benda walaupun benda tu berguna atau dah taknak guna.Kalau sifat ini terus berkekalan kalau bagi 10 almari pun tak cukup nak simpan barang.Aduhai!

Jom selongkar apa benda la yang Chenta simpan dalam laci tuh sampai segalanya dah jadi perkasam..

Bagi tengok dulu.Inilah keadaan lacinya.Tak besar manapun tapi,barangnya sampai melimpah luah.Kalau nak tutup pun kena tekan-tekan barang tuh bagi kempis sikit.Dahsyatkan??Patutlah habis jahanam segala benda dalam laci tuh.

Dalam laci ni ada 2 kotak,1 kotak besar dan 1 kotak kecik dan dalam kotak besar ada..

Sebelah adalah gambar kotak yang elok ditutup.Kotak ni memang Chenta sayang dan rasanya dah simpan since Form 4 kalau tak silap.Ni pun rembat ayah Chenta yang punya.Time dolu-dolu mana ada duit nak beli kotak yang cantik bagai ni.

Cuba tengok dalam kotak tu..ada kertas la,ada bantal la,ada tali la..erti kata lain
"macam-macam pun ada"
Cuba teka apa yang ada dalam kotak tuh??Cer teka..cer teka..*siapa betul,dapatlah 10sen sorang mengikut keadaan kewangan semasa Chenta*
*
*
*
Inilah isi kandungan kotak kesayangan Chenta..jeng..jeng..jeng..

1.Slip gaji ketika menjawat jawatan sebagai Promoter Parkson Selayang Mall selepas tamat SPM!(bangga je jadi promoter..hahaha)
Sila teliti..1st time dapat slip gaji bersama gaji-gajinya..Memang excited melampau sampai sayang nak buang walaupun ini telah berlalu 4thn dahulu.Maaf,jumlah yang diperolehi dihitamkan sebab tahu nanti ramai berebut nak jadi promoter..Hahaha..!

2.Wang kertas dan duit syiling.
Ini bukan bermaksud Chenta takde tabung mahupun tabung penuh berisi duit tetapi,ini tandanya main letak ikut suka je.Jumpa duit letak diruangan yang terdekat.Jadi,kotak ini menjadi ruangan Chenta simpan duit.Tapi,tak banyak pun..ada la dalam RM5++.Duit pun dah komot-komot,nasib tak koyak jer..^_^

3.Perkakas saya sebagai seorang ahli Pengakap lelap!
Ada tali,ada pelbagai lencana,ada rambu pengakap(yang kuning tu),ada tali untuk ikatan,tali untuk uniform,ada woogle,ada tanda nama.Ini dah macam boleh bukak kedai aksesori pengakap.Hahaha..Ini minat dan dunia Chenta di sekolah.Best woo join pengakap masa dekat sekolah sebab ada,ada,ada..*tett*

4.Bear MASHIMARO dan apetah..bantal ada tulis LOVE kot.=))
Ini barangan pemberian kawan kesyangan dan kakak saya.Dah lama benda ni dan setiap benda ni ada cerita tersendiri dan apa yang penting ini barang kesayangan daripada orang tersayang.Terima kasih cik Rosgayah dan Kak Nora.Tetiba tringat kat diaorang berdua.Rindu mereka sangattt!

Itu sahaja dalam kotak besar.


Ini pulak adalah kad hasil kekreatifan teman sedorm masa dekat teknik sepang.Kreatifkan kanak-kanak ribena dorm GA 202?haha..Ayat paling tak tahan.."Just 4 You" ini semua adalah gara-gara dan ura-ura kononya Chenta nak pindah sekolah dari teknik Sepang ke MRSM Serting tapi,disebabkan punya kwn yang superb melampau dan sekolah yang best sangat jadii perpindahan itu tergendala dan hanya tinggal impian.!saya warga teknik tegar!
"Saya sayang sekolah saya"

Bawah ni pulak adalah kotak kecik.Kotak ni adalah pemberian kawan di maktab.Sebab saya adalah pengumpul dan pencinta kotak-kotak cenggini,maka Chenta simpan la dalam laci.Manalah laci tak penuh.Bagai benda nak disimpan..

Sweetkan??
Dalam kotak kecik ni adaaa...

Ada kad besday,ada kad raya,ada purse Milk Teddy hadiah dari mak,ada keychain hp berhuruf "N"..sayang nak guna,jadi simpan je semua.Saya simpan segala harta benda yang saya sayang!Sebab sayang nak guna.Kalau guna punn,nnt simpan balik.Kad-kad itu adalah kad terpilih yang entah macam manaboleh tersimpan dalam kotak kecik ni.

Ni pulak adalah barangan yang berterabur dalam laci tanpa ada tempat untuk disimpan.Rasanya memang dah lama benda-benda ni bersemadi kat dalam laci dan patutlah kalau Chenta cari memang tak jumpa.Kotak hitam tu pen,rasanya dapat masa anugerah cemerlang sekolah teknik.Itu tanda kenangan sebab kat pen tu tak silap ada tulis SMT Sepang.Tu sayang nak guna. Ada sepit rambut,ada keychain..eh,dulu Chenta suka simpan keychain yg ada tulis nama taw..haha..Ada matrik card holder tyme sekolah..kad pelajarnya ada tersimpan dalam purse.Selamat lagi..fuhh..

Ini pulak adalah pemberian hasil kekreatifan insan-insan yang terdekat dengan Chenta..ada dari sekolah hinggalah sekarang.Cantik,jadi Chenta simpan la..Sayang kott nak buang.Kenangan ni!Cantikkkan?(^_^)

Dalam laci ada paper bag.Nah..kiranya 1pakej full la dalam laci ni..semua ada..dari kotak sampai la ke paper bag.Hebat hobi menyimpan saya kan?

Dalam paper bag ini adalah tempat simpanan segala kad-kad raya dan kad hari jadi.Ini zaman dulu-dulu punyer ialah zaman sekarang mana nak dapat kad raya semua main send SMS jer..so,dah takde kenangan..Nasib Chenta ada simpan sebagai kenangan.Kira,ada la jugak momen-momen post kad raya dan terima kad raya.Sekarang nak dapat sekeping pun susah..Nak bagi pun anak murid je la sekarang ni.@_@.Eh..ada terselit album jugak lah..Aishh.

Ini antara kad yang masih menjadi simpanan Chenta.

daripada Maisarah Zolkeflee..Birthday yang ke-14tahun.8 tahun yang lepas.


credit to Khairul Aliaa..ini teman di SKSTB!

credit to my beloved frens..sebenarnya ada sesetengah pengirim kad ni yang dah lost contact dengan Chenta..tak tahu mana menghilang kawan-kawan terindah saya ini..Tapi,kurang-kurang Chenta masih simpan saat-saat indah persahabatan kami.Indahnya bersahabat!

p/s:Selesai mengemas!

LENOVO semakin lemah..aduyai

Mood nak update blog tergendala sebab Lenovo kesayangan dah semakin lemah.Tak sampai 5 minit dah ter'off' dengan sendiri.Oh..tinggal setahun untuk tamat belajar.Sabarlah Lenovo sayang. Khidmatmu masih diperlukan..Jangan kondem saat-saat genting ini iaitu saat takde duit,saat duit diperlukan untuk benda lain.Tolong..!!

Inilah buah hati yang dah berkhidmat untuk 4thn setengah.Inilah teman buat assignment,teman berfacebook,teman berblogging,teman bertwitter,teman buat slide PowerPoint,teman tengok movie,teman edit gambar,teman main wedding dash,main angry bird dan segala jenis game,teman siapkan segala macam jenis task,atau dengan erti kata lainnya teman sepanjang hidupLAH!

Bateri dah knock-out,virus tak tahu berapa bnyk dah membiak,anti virus macam chipsmore(kejap ada,kejap takde),laptop mcm dah tak mampu bernafas sbb sesak sgt macam-macam nak simpan..HAH!tu la sebabnya..reti pakai tapi,tak reti jaga.Padan muka Nasiha Sharif!

Sabar ye..anda perlu berkhidmat 1tahun sahaja lagi iaitu tahun penentu hidup tuanmu ini..Sila berkhidmat dengan baik ye!


p/s:Entry pantas..ditaip dalam tempoh tak sampai 5 minit.Hebatkan??
Sila jaga laptop anda dengan baik <--*AMARAN KERAS*

Saturday, December 3, 2011

Indahnya tempat INI!

~gambar ihsan Google~

Saya nak pergi, siapa nak bawakkan..angkat tangan?
Broommm...JOM!


p/s:Bawa saya ke sini melihat keindahan ciptaan Ilahi.Masih banyak yang perlu dinikmati selepas 21 tahun kehidupan.

Friday, December 2, 2011

Selesai "date" bersama Bront Palarae!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..(^_^)

Selesai menonton filem yang ditunggu-tunggu untuk bulan Disember..niat hati takdelah teruja sgt nak tengok sbb Chenta takde la suka sgt dgn teraju utama bagi filem ni..tapi,mengenangkan novel Ombak Rindu tu adalah novel pertama yang Chenta baca dan terus gedebukkk...jatuh cinta dgn hobi membaca novel, maka taknak la lepaskan peluang menonton filem yang diadaptasi dari novel tersebut kan..tambah-tambah lagi,nak penuhkan permintaan kembar dua org tu yg beriya la pulun siap bleh study balik novel tu semata nak g tengok filem ni..Jadi,haruslah diturutkan kehendak mereka.(banyak gila alasan,padahal mmg kaki tengok wayang)

Jadi,sempat la menghabiskan masa untuk beberapa jam di Wangsa Walk..mula igt nak tengok pukul 2.00petang sekali, nah engkau penuh..ada pun tinggal 1 seat yang berjauhan antara satu sama lain..takkan nak biarkan kembar berdua duduk sorang-sorang dalam wayang.Jadi,memang tak belilah tiket untuk pukul 2.00. Kena la ambik pkul 4.30petang dan nasib baik my super duper Abah rela nak ambik kami time balik..!Yahuuu..dapat tiket!

Round dalam3-5 pusingan kat Wangsa Walk.Kejap masuk,kejap keluar,kejap ke sana, kejap ke situ..sampai la pukul 4.30petang..On da way nak masuk wayang tuh aihh..ada pulak poster besar Aaron Aziz..rasa macam tangan tuh mengeletek jer nak g tngkap gambr tp,sabar malu pulak bila tengok kiri,kanan,depan,belakang dipenuhi dengan lautan manusia.Jadi,hasrat dibatalkan sampai situ sahaja.Harap maklum!

Macam biasa sebelum bermula ada la iklan filem-filem akan datang dan yess..ada satu filem yang dah set dalam jadual..hah!SONGLAP!tunggu mana-mana pawagam,nanti Chenta terjah lagi!

Okeyh..fokus,fokus..bermula la filem bertajuk Ombak Rindu
*
*
*
*
*
*
Tamat..dan sepeti biasa filem Melayu of kos la happy endingkan..!sebenarnya Chenta kalau boleh teringin nak tengok filem yang last-lastnya tak happy tp,belum lagilah tercapai impian tuh. Ermmm...dan untuk filem ni okeyh la.best jugak dan boleh la nak menonton.Takdela membazir duit atau menyesal beli tiket mahal-mahal ke dan pada pendapat Chenta:

"Filem ini sesuai ditonton oleh golongan wanita terutamanya bukan la nak kata lelaki tak sesuai tapi,dalam wayang tadi ada lelaki perempuan (mungkin suami isteri) ni duduk sebelah Chenta dan yang perempuan ni beriya-iya nangis tengok filem ni tapi,yang lelaki tuh boleh bantai gelak kaw-kaw kt perempuan ni. Ambik hah..!Tp,filem ni memang ada part yang sedih sambil dilatari oleh lagu yang memang feeling jadi,sampai jugak la emosi sedih tu.Tapi,time nak sedih ada je yang boleh dijadikan bahan untuk gelak jadi,gagal untuk menyumbangkan air mata untuk pembaziran..hahaha.Lakonan Lisa memang layan,mcm sempoi je dia.Aaron Aziz dan Maya Karin pun best.Kira tak mengecewakan la.Tapi,menyedihkan sebab ada beberapa part yang tak sesuai untuk ditonton dan pelakon perempuannya majoriti agak seksi okeyh (sebab utk org lelaki TIDAK menonton).Apa boleh cakap, semua pun best lah!"

eh,eh,eh..ada satu dialog yang memang terkesan dalam hati ni dan dialognya dah Chenta olah menjadi bahasa sendiri tapi masih mempunyai makna yang sama.

"Redha itu lahirnya dari hati yang ikhlas dan pasrah itu dari jiwa yang telah menyerah"

Done with Ombak Rindu dan jom layan OSTnya~

p/s:Kenapa tajuk "date" bersama Bront Palarae??
Ini berkait rapat dengan layang-layang yang dibuat oleh Mail..(>_<)

Thursday, December 1, 2011

Egokah aku?

Wanita itu dilahirkan dengan sifat PENYAYANG, MUDAH TERASA, HATI YANG LEMBUT dan ego yang tinggi....


p/s:Bukan sengaja untuk menjadi ego,tapi aku dikurniakan dengan sifat itu yang mana dapatku lindungi diri ini daripada terjerumus dalam pancaroba dunia.Bersabarlah dan fahamilah..(@_@)

Sunday, November 27, 2011

Rancangan waktu cuti (>_<)

Assalamualaikum w.b.t

Musim menekan aksara,menulis segala percaturan idea dan musim mengisi masa lapang dah bermula..adalah sikit-sikit masa nak diluangkan pada Melodi D'hearty..kalau tak sebelum ni dah macam dianaktirikan je blog ni..takde inisiatif lngsung nak diupdate..(@_@)..saya bukan BLOGGER tegar!

Bila dah cakap musim cuti,dalam kepala otak ni mmg nak berehat sepuasnya selepas melalui semester yang padat sebelum memulakan semester yang lebih padat..(amboi haih dah tgk jadual utk tahun depan).dalam dok nak rehat,dok la layan jgk citer-citer yang wujud kat stesen TV..maklum la,sebelum ni tertinggal bnyk.rumah sewa Perlis tu mana ada TV(kami pelajar,takde duit nak beli tv!)

Wanita Hari Ini tengok,Buletin 1.30 tengok,Putri Yang Ditukar tengok, Korean series selagi yang ado semua pun tengok, Tentang Dhia, Hong Kong series semua den tengok..hah!erti kata semua tengok lahhhh..!tp,dalam banyak-banyak ni sebenarnya tgh gila tahap melampau dengan Master Chef Malaysia!

Okeyh..Chenta memang minat dengan program masak-masak ni.Nak kata minat masak tu memang takdelah tp,memang dari kecik lagi segala rncangan memasak nak tengok baik Jaafar Onn ke, Chef Wan ke, Florence Tan ker..semua bedal tengok..dapat tengok tuh mmg habes hati la.puas tahap melampau.kalau tak tgk mau muncung sampai malam..Hebat doo penangan rncangan memasak dalam hidup ni..heeeee..^^(patut saya ambik Pengurusan Makanan kat sekolah)

Berbalik kat Master Chef..baru sekarang berpeluang nak tgk..jadi,terpaksa la tgk episod yg terlepas kat youtube..bngun tdo terus bkk dan tengok,lepas mkn bkk lagi dan tengok tp,tak habes-habes plak episodnya..entah bila nak hbes pon taktaw.Tp,serius best la rncngan ni..dulu ada la tengok MasterChef Australia Junior la..tp,yang malaysia ni macam lebih best pulak utk ditonton..mungkin sebab orang Malaysia kan..

agak-agak siapa yang belum pernah menonton,boleh la mula menonton sbb memang best la..bukanlah dengan tengok rancangan ni automatik boleh pandai masak tapi,kurang-kurang boleh la tengok kehebatan orang lain masak.Nak tengok kehebatan sendiri memasak memang tak tertengok la..Kalau dalam Master Chef Malaysia ni orang bagi 45minit bleh hidang 1 masakan yg agak superb tp,cuba bagi Chenta 2 jam pun belum tentu ada 1 hidangan pun..hahaha..

Rncangan ni bagus la..dia ada bg chance utk peserta belajar dengan chef-chef yang handal,ajar tips-tips baru,komen pun membina dari para juri dia.Memang untung siapa yang dapat peluang involve benda ni.Selain tu,dapat explore macam-macam jenis hidangan.Boleh guna kekreatifan pada tahap tinggi dan menggunakan segala panca indera especially deria bau dan rasa dengan semaksimanya.Untung lar.Cukup-cukup sebelum melalut lebih jauh hingga ke laut baik stop.Nak taw lebih lanjut,tengok sendiri ye!

Okeyh..nak teruskan menonton Master Chef Malaysia..dan buat yang lain selamat menonton!

p/s:Untung la kalau dengan tengok Master Chef, saya boleh jadi pandai masak.Harapan!

Friday, September 30, 2011

.:.Pengakhiran September.:.

Yeayh!..bangun dan terus pandang ke hadapan.:.

Wanita cantik melukis keKUATan melalui masalahnya, tersenyum di saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangsi, tabah di saat terhina, mempesona kerana memaafkan, mengasihi tanpa meminta belas dan bertambah KUAT dalam doa dan pengharapan pada Ilahi..InsyaAllah.


p/s:Aku insan biasa,ada masa aku menjadi kuat dan ada masa aku menjadi terlalu lemah.Kini,aku semakin ...................

Friday, September 16, 2011

An efforts..

.:.gambar sekadar hiasan dan dirembat dari encik goggle.:.

::Allah menilai usaha kita meskipun Dia telah menetapkan segalanya::

Oleh demikian,usahalah dan jangan sesekali menyerah atau berserah hingga segalanya sudah pasti.
Tapi,bagaimana caranya untuk aku teruskan perjuangan ini??


mood:banyak masa untuk mengupdate blog walaupun assignment banyak yg menanti!

Wednesday, September 14, 2011

.:.Kepercayaan.:.


Then,when you have take a decision, Put your trust in Allah,
Certainly, Allah love those who put their trust in Him.
(Al Imran)


Friday, August 12, 2011

Setelah 6 minggu berpraktikum..=))

Selesai minggu keenam berpraktikum baru sempat Chenta nak update blog. Masa sangat-sangat tak mengizinkan. Bermula dengan semester baru di IPG dan terus berpraktikum di SK Bintong dalam satu tempoh yang panjang. Hari ini, baru berpeluang untuk update. Selama ni cuma sempat nak jadi silent reader untuk semua blog. Tak sempat nak komen apa2 kawan-kawan..Maaf ye!

Sebut praktikum memang begini keadaanya. Kesuntukan masa+kesuntukan tidur+kesuntukan berfoya-foya dan banyak perkara yang suntuk untuk dilakukan. Tapi, itulah kerjaya sebagai guru pelatih. Menimba pengalaman bergelar seorang guru.

Minggu pertama praktikum dah memang rasa down. Sampai-sampai tengok jadual. Oh demm! 12 waktu seminggu. Setiap hari ada kelas. Hari Selasa 2 kelas. Cukup 3 hari bersekolah terus kena gastrik sebab stress. Oh..kemon la Nasiha Sharif tu baru sikit. Jiwa tak dpt terima 12 waktu, mental lagi-lagi la tapi, semangat je yang mampu membuatkan Chenta bertahan hingga ke hari ini.

Minggu pertama di kelas arus perdana:
Murid: Cikgu kenal ayah saya?Dia pensyarah.
Cikgu Seha: Siapa ayah awak? Dia pensyarah kat mana? Jauh ke?
Murid: Taklah, dekat je..Ayah saya Ahmad bin *****
Cikgu Seha: Ooooo..(terdiam)
(Oh,okeyh kena ajar anak lecturer.)

Minggu kedua:
(Relief kelas tahun 6 Arif)
Murid: Cikgu, saya nak tanya sikit. Tapi, cikgu toksah marah eh.
Cikgu Seha: Iye, ada apa. Tanya la?
Murid: Cikgu makan apa? Saya tengok cikgu kurus kering sangat!
Cikgu Seha: Terdiam..(nak marah tak patut sebab dia cakap berdasarkan apa dia tengok)

Minggu ketiga di kelas Pemulihan:
Saya diobeserve dan buat kesekian kalinya;murid menangis ketika dalam kelas.!Tahniah cikgu Seha. hahaha..itulah padahnya kalau tak nak buat kerja. Sejak dari hari itu, baru murid-murid ini tahu yang saya seorang yang GARANG!grrrr..

Minggu keempat:
Murid: Cikgu, saya nak duduk kelas Pemulihan samapi darjah enam boleh?
Cikgu Seha: Eh,mana boleh sampai darjah tiga jer..
Murid: Eh, taknaklah nak duduk sampai tingkatan 1 pastu tingkatan 6..eh tak best la..sampai saya kerja la cikgu nak duduk kelas Pemulihan.
Cikgu Seha: Oh mak datuk!Sampai cikgu tua la cikgu nak kena ajar kamu??

Minggu kelima:
Saya buat kelas intensif dengan 3 orang murid tahun 6 yg tak tahu membaca.
Cikgu Seha: Cuba eja 'penganggur'?
Murid: La..mana nak taw cikgu. Payah tu.
Cikgu Seha: Cuba eja ikut suku kata peng+ang+gur
Murid: oh.okeyh saya tau.
Cikgu Seha: Sekarang cuba eja 'television'
Murid: Oh..takut saya dengar cikgu dan memang sah-sah saya tak tahu cikgu.
Cikgu Seha: Oh..(simpati..macam mana nk jawab UPSR sayang kalau membaca dan mengeja kamu tak tahu. Apa-apa pun,jgn putus asa.terus mencuba)

Minggu keenam:
Selesai diobserve untuk Pemulihan. Alhamdulillah, Chenta buat apa yang terdaya. Kini tumpuan lebih kepada subjek minor dan yang pasti anak Pemulihan saya tinggal seorang sahaja. Dua orang lagi dah selamat ke arus perdana. Tahniah sayang-sayang!

Murid: Cikgu, awat kami tak masuk Pemulihan dah?
Cikgu Seha: Oh, itu maksudnya Shahrul dah pndai..dah tak payah belajar dengan cikgu. Duduk dekat kelas atas belajar dengan cikgu ****
Murid: Tak mau la, saya nak belajar dengan cikgu. Kalau saya tak belajar dengan cikgu, saya nak ponteng sekolah. Jadi tak pandai!
Cikgu Seha: Ohhh..(itu maknanya kamu dah maju selangkah ke hadapan sayang.Jgn mengundur kembali. Cikgu sentiasa menyokong kamu!Cikgu pasti kamu mesti berjaya nanti. InsyaAllah)

Minggu keenam melabuh tirainya. Ada 2 minggu sebelum berakhir. Di awal dahulu rasa tak sabar nak habis tapi, kini dah jatuh sayang dekat anak-anak di SK Bintong. Keluh-kesah yang tak sepatutnya wujud dalam diari seorang guru tak mampu saya tangani. Sering Chenta mengeluh keletihan, kekurangan tidur dan sebagainya tapi, itulah pengorbanan. Moga Chenta terus diberi dengan kekuatan untuk bergelar seorang pendidik. InsyaAllah!

Bukan mudah menyampai ilmu tetapi, satu kepuasan dapat berkongsi ilmu dengan anak-anak yang memerlukan. Moga tidak lagi wujud keluh-kesah melalui bibir kecil ini dan semoga perjalanan ini terus diredhai dan diberkati.Ameen.

Permulaa yang meletihkan, pertengahan yang menyeronokkan dan diharapkan pengakhiran yang penuh dengan 1001 kenangan!


Chenta selitkan sedikit hasil kerja murid di kelas Perdana..anak-anak saya di kelas 2 Amar!


Mereka insan terhebat.Mereka pemimpin hadapan

p/s:Hasil kerja cikgu nanti dulu.Simpan untuk post seterusnya.
salam Ramadhan!nak pergi tanda buku murid.daaa~

Tuesday, June 28, 2011

"✿ Cik Ayu's 2nd Giveaway ✿"

Masih sempat menyelesaikan hutang janji dengan Cik Ayu..dah janji nak join 2nd Giveaway yang dianjurkan..nak join??sila la ke page Cik Ayu.:.

Sangat mudah nak join giveaway ni..Caranya:
  1. Copy je ini sebagai tajuk "✿ Cik Ayu's 2nd Giveaway ✿"
  2. FOLLOW Belog HIDUP DAN IMPIAN
  3. Copy banner diatas dan letak dalam belog awak
  4. link banner tu pada blog cik ayu supaya senang nak view
  5. tag 3 orang kawan ada untuk menyertai :)
  6. Giveaway akan tamat pada 20 Julai 2011 Pukul 11.59.59 Malam. Tepat.
Chenta nak tagged--->Cik Tinta, Cik Zara dan Cik Fana!

p/s:Ayu..settle!

Monday, June 13, 2011

Stanza cinta.:.

Selalu entry bloggers tentang Aaron Aziz bersama Nora Elenanya tapi,kali ni Chenta nak tunjuk Aaron Aziz dengan Stanza Cinta..ini adalah cerita terbaru yang akan disiarkan di TV3. Kalau tak silap Chenta 19hb ni akan bermula cerita ni kat kaca TV masing-masing.Laku sungguh Aaron Aziz sejak kebelakangan ini..elok habis Nora Elena 17hb,sambung pulak dengan Stanza Cinta..murah rezeki Aaron Aziz..

tapi,yang lagi best citer ni bukan setakat ada Aaron Aziz je, tapi ada jugak Ummu Hani.Hah!siapa yg tengok citer Hani di slot Lestary setiap Selasa jam 9.00malam mesti kenal siapa Hani..kali ni sekali lagi Nur Fathia pakai tudung tapi kali ni dalam watak sebagai Amni Sorfina.Chenta memang minat dengan Fathia ni..cntik..dan lakonan dia pon best jer. Jadi,memang komfem akan jadi peminat setia cerita ni.

Selain tu,ada jugak Fizz Fairuz..dan watak Fizz dalam citer ni macam dalam Nur Kasih jugak..dengan berkopiahnya..tapi,tak tahu la macam mana pembawakan wataknya..Nak kena tunggu hari Ahad depan la nampaknya..!

Dari segi pelakon memang dah kena tonton sebab memang best cuma kena tengok jalan cerita pulak dan kalau tak silap Chenta cerita ni diadaptasikan daripada sebuah novel..
Ini novelnya
*
*
*
*
*
Chenta pon tak pernah baca novel ni dan sekarang baru Chenta tahu wujudnya novel ni.Sempat la baca sinopsis novel ni sikit-sikit melalui pencarian bersama dengan Encik Google..dan siapa nak baca boleh la KLIK SINI.

Nak try search dekat MPH atau Popular la..mana tahu kot ada lagi.Boleh rembat satu dan baca cepat-cepat nak dapat gambaran sebelum ceritanya mula ditayangkan. Oh..Stanza Cinta!

p/s:Apa makna stanza cinta ye??Okeyh..Kamus Dewan please!


Sunday, June 12, 2011

Cerita Teluk Intan.:.

dari kiri:timah,kak ikin,des shamsul,iman(beriba),atin a.k.a adik pengantin perempuan,chenta

SELAMAT PENGANTIN BARU
buat:
*
*
*
KAK IKIN DAN DES SHAMSUL
Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dibawah lembayung Ilahi..(^^,)
Ini memang pasangan pengantin yang paling superb dan sempoi..!best2x!

p/s:Credit to Jeng for this pic!

Friday, June 10, 2011

Mencari hobi baru...

Walaupun cuti hanya berbaki seminggu dan lebih-lebih tapi,baru sekarang Chenta dapat tahu yang Chenta takde hobi..Kalau dulu ada je masa lapang,rajin la nak belek-belek novel,laju je khatam kalo pekara yang melibatkan novel tapi,sekarang tak lagi..1 novel pown dah makan masa dekat setahun baca..(^_^)..itu pown kalo ketebalan novel tu sekitar 500m/s, kalau lebih mungkin makan masa 2tahun kot..

Dan sepanjang cuti ni memang macam mati kutu..tengok movie ke,tv ke pon pilih-pilih je..kalau ada muka Remy Ishak,Shaheizy Sam..hah,baru la nak tengok tapi,kalau setakat letak Aaron Aziz tak jalan ohh..Nora Elena pon tak layan..padahal sekarang citer tu la yg jadi fenomena..Tapi,tak jalan! Movie kt wayang pon kurang tgk..dulu kartun pon layan, komedi pon layan, romantik lagi la layan tapi,sekarang tak taw kartun apa yg wujud kt wayang tuh..

dan dengan kata mudah Chenta dah kehilangan HOBI!

Agak-agak apa benda yang syok untuk dibuat hobi ye??

1.Menjahit
Hahaha..ini kalo buat hobi memang sesuai setakat 2,3 hari je la..lepas tu memang entah ke mana benangnya,ke mana jarumnya,kemana kainnya..last-last,apa pon tak dapat..sepasang baju pon belum tentu siap dijahit..dan lagi yang pasti,jahitan kia dengan jelujur je Chenta tahu..dah,macam mana nak menjahitnya..??Kompem-kompem takde bakat dan minat dalam bab jahit menjahit nih..So,

tak sesuai dijadikan HOBI!

2. Menjadi Photographer
(^^,)..Bagilah semahal mana harga kamera nak suruh jadi photographer..memang tak memberi impak kt Chenta..tengok orang dok capture view sana, view sini, memang kagum sungguh tapi, itu bukan jiwa Chenta..ada penyakit suka tengok tapi, tak suka nak mencuba.tengok Mr.Syazwan Yazid tangkap gambar orang khwin macam syok je..tapi,tak sngkut jugak..!kamera yang sebijik Abah bagi pon takut-takut je Chenta nak keluarkan..bila orang paksa baru la terkial-kial nak tangkap..padahal,kamera ada je dalam beg!

Jadi,ini bukan HOBI baru Chenta!

3.Membuat kraftangan
Agak menarik..Chenta memang minat dengan kerja-kerja kraftangan ni tapi,lngsung takda bakat bab-bab ni.Tangan ni keras je kalo kerja-kerja melibatkan kraftangan nih.Orang lain gentel-gentel pakai sebelah tangan je tapi, Chenta pakai dua belah tangan pon belum tentu nak jadi. Dah la tak kreatif,kalau buat kraftangan memang tak menarik langsung.huhuhu.Tapi,sebenarnya ada satu kraftangan yang dah menarik minat Chenta untuk terokai nak tahu kraftangan apa..try KLIK SINI..menarik tak?Nanti kalau betul-betul best,boleh la kalau nak try tapi nak jadikan HOBI..

**BELUM LAGI**

4.Buat cupcakes
Keinginan untuk belajar buat cupcakes tuh memang ada la..sebabnya,cupcakes tu sungguh la comel-comel..memang sedap mata memandang dan kadang-kadang sampai sayang nak buat makan.Chenta suka sangat tengok,nak makan tu takdelah sangat sebab Chenta bukan addicted sangat dengan kek2 ni juz nak belajar buat dan bagi orang makan..(^^,)..dan bukannya nak buat perniagaan ke..juz nak belajar dan isi masa lapang tapi,biasalah..kalo bab2 nak belajar ni biasalah..bnyk bajetnya dan bnyk bahannya nak guna..jadi,kos pon tinggi.Jadi,nak buat HOBI kena mintak support dari mak dengan abah!tak boleh main suka-suka nak terjah!

Jadi,sukar untuk dijadikan HOBI.

5.Aktiviti lasak
Climbing,kayak',hiking...cukup ke kekuatan serta kudrat Chenta nak jadikan aktiviti lasak ni sebagai satu hobi yang baru..??

Aihh..konpius..kena fikir dulu ni!

Jadi,apa HOBI yang betul-betul sesuai dengan Chenta??Any suggestion?Dah mula boosan!

p/s:Tapi,rasanya paling best nak jadikan hobi adalah ber'shopping'..Jalan TAR..dah rindu nak round-round nih!


Wednesday, June 8, 2011

KL Gangster.:.

Okeyhh..ni antara movie yg mmg Chenta tunggu-tunggu untuk ditonton:

KL GANGSTER!
Tadi dah siap godam-godam laman web GSC semata-mata nk tgk wktu tayangan untuk esok..dah nak tekan "booking"..dah angan-angan nak tengok Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof dan yang paling pasti Zizan..uh..tak sabar nak tengok citer ni..Thriller dah tengok dekat 10 kali dah tapi,tak jemu jugak..memang Chenta dah masuk kategori WAJIB tonton filem ni..

tiba-tiba;

Chenta: "Mak,nak tengok KL Gangster esok..boleh mak??"
Mak: "Isyh..ganas sangat mak tengok citer tuh."
Chenta: "Bila mak tengok??"
Mak: "Ari tu..dalam wayang time tengok Nur Kasih..lawan je semua.."
Chenta: "Ohhh..tu thriller jer..tak ganas la..boleh ea?"
Mak: "Tak payah la..ganas sangat..citer tu elok untuk org lelaki je..kamu perempuan..tak payah la..tengok citer lain..nanti g tengok citer Sam berlakon dengan MiaSarah tuh..Hah!citer tu okeyh."


Oh..hampa..tak dapat tengok!


p/s:Up to date okeyh mak saya..semua citer kt wayang di taw..!Yang dah ditayangkan,sedang mahupun belum ditayangkan..semua di tahu!!

Sunday, June 5, 2011

Berehat+bercuti..(^^,)


Destinasi yang dituju dalam tempoh beberapa hari..ada tugasan yang perlu dilaksanakan..!

p/s:Nanti Chenta update later!

Saturday, June 4, 2011

Sebahagian cerita di S.K Sungai Berembang Part Akhir

Cukup 4 minggu Chenta menimba pengalaman di SK Sungai Berembang dan 15hb April yang lalu selesai tugasan yang diamanahkan untuk Semester 5.Selesai berpraktikum Fasa I..Even hidup jadi tunggang langgang sbb nak biasakan diri dalam situasi baru..but,enjoy! Before kami menamatkan sesi berpraktikum pihak sekolah buat sedikit majlis perpisahan..
Ohh..tak sangka sungguh..!

Cenderahati dari pihak sekolah kepada semua guru yang berpraktikum..(^^,)

Dalam tawa tu,,ada kesedihan dihati..sedih pulak nak tinggalkan sekolah..!
Tapi,masih banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan di maktab..jadi hidup harus MOVING ON!

Sesi bersalaman bersama murid-murid dan guru-guru.

Gambar kenangan bersama sebahagian warga SK Sungai Berembang

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang.
Lain kali kita jumpa lagi...(^^,)

Terima kasih buat semua warga SK Sungai Berembang..budi baik kalian akan dikenang selamanya..TERBAIK!

p/s:Praktikum Fasa II akan bermula 4 Julai..SK Bintong..tunggu ketibaan SAYA! Moga segala urusan akan dipermudahkan..AMEEN!(^^,)

***SELESAI***