CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Thursday, December 31, 2009

Menanti 2010

2009 akan melabuhkan tirainya..dan bermulalah kehidupan di tahun baru, 2010..dan sana - sini dh bleh dgr org bercerita psl azam tahun baru!

hahahaha.. dan, Chenta jrng skali menetapkan azam dlm diri meskipun kdng2 orng kata azam tu pnting dlm kte menuju kehidupan pada tahun bru supaya keadaan diri dan idop tidak sama sahaja pd setiap tahun..
>< Erm..tp,enth la..tahun ni skali lg tiada azam yg hendak dicapai.:.

Dan buat tahun 2009,sekali lg bnyk bnda dh Chenta lalui dalam melngkapkan 365 hari..ada pahit,ada getir,ada tekanan,ada suka,ada duka,ada canda,ada tawanya..!
Alhamdulillah dpt Chenta lalui jua akhirnya!!~

****************************************************

Moga-moga,2010 lebih manis dan mengindahkan
--->Keep the smile, Leave the tear, Think of Joy, Forget the Fear, Leave the Pain and be joyous!

Selamat Tahun Baru 2010!!




p/s:Apa-apa pun,buat rakan-rakan yg adew azam tahun baru smoga perjlnan dimudahkn dlm usaha mencapainya!!


Wednesday, December 30, 2009

Akhirnya...!

Akhirnya...
Chenta berjaya juga memperolehinya setelah berusaha sesungguhnya.



.:.Alhamdullilah.:.



Lesen kereta dalam genggaman setelah 2 kali mengambil ujian JPJ


..Mekasih kpd yg menyOkong especially my beloved family..


Yahuuuuuuuuuuyabedabedu!

=)



p/s:Usaha tangga kejayaan!

Sunday, December 27, 2009

.......emmm........

.:.Rasa ini muncul kembali.:.

Arghhhhhhhh...benci!

Thursday, December 24, 2009

PerCaturan HiduP

Aku yakin setiap dugaan serta rintangan yang menempuhi hidup ini telah ditentukan sejak azali lagi..Yang Maha Berkuasa mengetahui kemampuan hambanya dalam menangani setiap dugaan yang diturunkan..dan Dia mengetahui kemampuan hamba-Nya ini

Aku harus pasrah,harus redha dengan setiap aturan serta percaturan yang telah ditentukan.. Allah S.W.T mengetahui bahawa aku hambanya mampu menghadapi dugaan yang diturunkan jika tidak Dia tidak akan menguji aku sebegini rupa...tetapi, mengapa aku harus sentiasa mengalah?menyalahkan diri?mengeluh mana yang tidak patut seperti aku tidak redha dgn ketentuan-Nya..

mungkin adew hikmahnya apabila aku kini diuji..barulah aku kenal erti kehidupan sbnr, barulah aku sntiasa mensyukuri nikmat yg diberi,barulah aku menghargai apa yang dikecapi..moga aku tidak leka dan lalai lagi dengan nikmat-nikmat kini!!

Ini hanya ujian dan dugaan kecil yang ditimpa keatas diriku..mungkin ini bakal mematangkan diri ini agar percaya bahawa wjudnya kebahagiaan, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan, kesuraman, kejayaan dan kegagalan..

..Aku harus lebih bersedia dalam menghadapi liku-liku kehidupan pada masa akan datang kelak..
Teruskan kehidupan dengan semangat baru!!

--->Ya Allah,berilah petunjuk kepada hambaMu ini agar aku berada pada landasan yang benar, landasan yang sentiasa Engkau redhai, landasan yang Engkau berkati..AMIN!<---



Tuhan berikan aku kilat pada hari ini, tetapi dijanjikan aku pelangi yang indah dan bersinar pada hari esoknya..~




selamat ulangtahun kelahiran..=)

Saturday, December 19, 2009

Myspy bertemu Santau!


Bru beberapa hari yg lps Chenta sempat meluangkn masa utk menOnton filem SANTAU..erm..cter yg agak menarik dan menyelitkan beberapa unsur saspen..nk kata seram sgt xde lah tp, kdg2 agk menjijikkan..Bnyk memberikan pengetahuan dan pengalaman kpd kita yg menOnton..Diselitkan juga nilai - nilai murni yg dipaparkan secara tersurat mahupun tersirat..

Kehebatan lakonan Puteri Mardiana mmg tidak dpt disangkalkan..walaupun xterkenal tp,dpt memberikan lakonan yg mantap..jln cter yg mudah untuk difahami, cuma terdapat beberapa persoalan yg tergntung dlm filem ini..

Menarik utk ditonton utk mendapat pengajaran, teladan dan iktibar dlm kehidupan kte sbg manusia..~

p/s:3bintng setgh~


Filem yg klakar dan membuat org di dlm pnggung sentiasa ketawa..walaupun msj yg cb dismpaikan kurng jelas..tp,okeyh la sbg tontonan untk melepaskan tekanan dan untuk berserOnok..tidak memerlukan daya pemikiran yg tinggi..enjoy apabila menonton tetapi bg yg menginginkan sesuatu yg diluar jngkaan akan menyesal sekiranya menonton filem ini...Anyway,layan..~

Bagi peminat filem - filem komedi..sesuai unk menonton filem ini..Pelakon - pelakon yg hebat dan mmg tidak dpt disngkal lg..

Ingin bergembira dan bergelak taw??
Tontonlah filem ini...MYSPY!!


p/s:3bintng

Pengulas sukan!!

Teringin nk jadi pengulas sukan
seperti
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hasbullah Awang
.
.
.
.

.
.
.

N3 ini hnya utk menyatakan rasa gembira tidak terhingga di atas kemenangan pasukan bola sepak MALAYSIA pada Sukan Sea di Laos!!


Yahuuuuuuuuuu...Malaysia Boleh!!


p/s:Saya bukan addicted dgn bola sepak tp,layan sahaja..=)

Friday, December 18, 2009

::SALAM MAAL HIJRAH::

~Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog Chenta~

.:.1 Muharam 1431 H.:.
..satu thn lg kte kehadapan..

semOga pada thn ini akan membawa lembaran baru yg lebih bermakna dalam diri setiap insan
&
moga - moga kte jdikan pengalamn yg lalu sbg pengajaran dalam menjalani kehidupan akan dtg dgn keadaan yg lebih baik hendaknya!!~

Harap-harap kte sentiasa dilimpahkan dengan kekuatan, kegembiraan, & keredhaan yg tidak bertepian dalam mengharungi kehidupan pada masa akan dtg

AMIN.AMIN.AMIN



p/s:Berusaha memperbaiki diri menjadi yg lebih baik!!

Monday, December 7, 2009

.:.Malacca Trip.:.

Percutian yang tidak dirncang tp,ckup memberikan keseronokan..Percutian ke Melaka selama 3 hari memenuhi suku masa cuti Chenta..even dh pg Melaka almost 3 times tp,xprnh jemu melawat negeri ini...Percutian kali ini simple2 shja..mengikut sahaja kemana gerakan tyr kereta bergolek..~

.:.Ke Ayer Keroh, Taman Buaya, Malaysia International Bowling Centre (MIBC), Bndr Hilir dan Umbai sudah mencukupi.:.

*di Dataran Ayer KerOh*
adew si penyibuk berbju ijau..
adoi,rosak gmbr!!~



.:.Kenangan.:.


My lovely mOther 'n' sisters!
Mereka geng2 yg menjadi peneman setia Chenta.:.


Merehatkan diri dari segala ancaman musuh dan pendtng~


1,2,3...tak berjaya dibilang??


Muka buaya ni mcm ni terkam kamera jer..garang!!


Hah!!kt Malaka pown dpt tgk KLCC taw..igt kt KL je ke adew..
nice replika!!
*wink*




fuyoo...tingginye!!
seronok dpt naek menatang ni..dpt tgk pemandangan sekitar negeri Melaka even tak keseluruhan..xdpt naek Menara KL,,,Menara Taming Sari pown okeyh pe...~


.:.Dimana destinasinya tidak menjadi ukuran sebaliknya, detik-detik indah yg dilalui bersama yg tersyg menjadi pita pengukurnya!!.:.

~Such a great trip with great family~


Permata Yang Dicari

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


p/s:Best.best lgu ni..lirik yg best..credit to Ainy Nadia..~

*twink*
(dalam proses menghayati)

Tuesday, December 1, 2009

Melaka Bandar Bersejarah~


Dh lme xbercuti dan bersiar-siar..
kebizian di mktb tidak membenarkan Chenta untuk melakukan aktiviti bercuti..Justeru,dikesempatan sempena cuti semester ini makannya, Chenta telah memutuskan utk melancOng dan bercuti..

Justeru tidak akan ada entry-entry terbaru dalam tempOh beberapa hari ini
..Ingin berehat sepuasnya..

MELAKA waiting 4 me!!




Lulus atau gagal??

Doakn kejayaan Chenta ye!!

Monday, November 30, 2009

G.I.A.N=gian

..Otak mula berfikir-fikir untuk bershopping..
Dpt rembat sehelai bju, sehelai sluar
Sepasang ksut...beberapa biji nOvel
dan.dan.dan
beberapa psng bju kurung...
syok ni!!

gila bershopping sudah tiba.......perlu jejak kaki di mana-mana shopping kOmpleks sesegera yg mgkin!!
kalau tidak,
tidur xlena, mndi xbsh dan mkn jd tak knyng


Tokeh balak pOwn bankrup adew anak sprti ini!



p/s:Mengira baki-baki di dlm bank!Adoi!!


Tuesday, November 24, 2009

Jatuh Sayang

..Semakin jatuh sayang..





mood:kerinduan

Monday, November 23, 2009

emosii celaru

..Enjin asyik nk mati, clutch xtekan hbes, lpe free gear dan handbreak, gear xmsok-ms0k, tiang hbes kne lnggar..

Tertekan dan ptus asa!!!

Mengejar 2 Disember...mampukah aku??~

=(

Saturday, November 21, 2009

2012


Selesai menonton!!
Hanya mOvie berkaitan bencana alam..tiada yg lebih!!

Menarik dan mengagumkan teknik-teknik yg digunakan dlm penghasilan mOvie ini~

5stars~

UPSR

Jeng.jeng.jeng..bkn ada family Chenta yg ambk result UPSR ari ni tp, sje gatal2 tngan nk wat entry ni..tgk bdk2 ni siap2 pg sekOlah...pki cntik2 smbil2 ditemani ahli keluarga mereka..teringat plak zaman Chenta dok ambk result dlu-dlu..isyh2..dh lme zaman tu berlalu..
8 years ago..huish,
tuU..!!

Tyme UPSR dlu ambk result tyme sekolah..cekgu dok tampal2 la senarai nama tu dkt dinding sekolah..(cekgu..xde tmpt strategik sket ke??)..Chenta dh nmpk dr jauh nama Chenta tidak di highligtkn!!dan semestinya..gagal mencapai 5A!!org laen dOk tgk result, Chenta dh ready dlm toilet..nk tnjuk frust la kOnon..dh ready nk nges2..tp,xbest lngsng sbb Chenta sorunk jer yg nges kesedihan..kwn-kwn lain??semua bersuka ria..yg nges pOwn sbb happy...

YA!!stu kelas Chenta dpt 5A dan Chenta...huhuhu...
Nseb abah dgn mak xteman ambk result kalo x..buat sdih jer..=(

..dan rasa tak puas hati dan teringin nk repeat UPSR skali lg (Chenta pown nk 5A jgk)!!..

Tp,perjuangan harus diteruskn..meskipun lngkah pertama tidak berjaya dengan cemerlang
perjalanan hidup harus diteruskan..kejayaan sentiasa menanti kita dihadapan sana..
Yg penting..harus sentiasa berusaha dan terus berusaha..

Sesekali harus gagal dlm hidup bru kte hargaii kejayaan yg digapai..tp,sejak dok dkt mktb ni mcm xheran jer dgn result..mcm xde perasaan ble result nk kuar..yg pnting lulus dan dpt meneruskn pengajian..

ble rse smngt nk dpt result nk kembali?
ble semngat berkobar-kobar tgk result ditampal nk kembali?
ble rse nk teruja ble result kluar nk kembali?
ble rse kecewa nk wjud kalo result xmemuaskn ati akan kembali?
knape Chenta ximpressed dgn keputusan peperiksaan><

Kembalilah rasa mengujakan dgn keputusan peperiksaan..teringin nk menikmatinya seperti suatu tika dahulu!!

Thursday, November 19, 2009

Tamat semester 2!

*Selesai sudah satu semester lagi*

..tanggungjawab yang tergalas telah Chenta laksanakan semampu yang mungkin..
..Pasti wjud kekurangan tp, hnya itu yg termampu..

**********************************************************

Memulakan pagi ini di teratak tercinta..Chenta gembira apabila bersama keluarga..
Kepulangan yang sentiasa dinanti bersama tempoh berehat yang agak lama..melapangkan dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang...

Tp....., ada yang ditinggalkan di negeri Perlis..



p/s:Tq kepada yg sudi menemani!!

Friday, October 30, 2009

Peperiksaan

Banyak benda yg perlu dibaca meskipun hanya 4 subjek..buku dh susun bertimbun - timbun kt atas meja tp, masih belum disentuh+dibuka untuk dibaca...moOd exam belum kembali..semangat untuk memulakn pembacaan juga tidak hadir lagi..
Waktu - waktu semakin berjalan..kerja-kerja masih ada yg tertangguh..aktiviti-aktiviti makin bnyk dijlnkan...semakin dkt peperiksaan,semakin Chenta keletihan..

Cepatlah.Cepatlah.Cepatlah
Datang semngat untuk membaca!!

Sedarlah
..exam hanya tinggal beberpa hari..
1,2,3,4..................



*pen xbeli, pemadam ilang, pembaris patah..abes nk jwb exam pki apew??
Chenta konpius!!

Saturday, October 24, 2009

.:.bERSUKAn.:.

..Keletihan sementara selepas bersukan buat seketika..
Dah lme xrasa letihnyer bersukan..dan hari ini rasa itu kembali lagi
..Dapat juga bersukan selepas lme menyepi diri..
..Kekuatan mental dan fizikal jatuh merundum..

perlu bngun..dan tingkatkan prestasi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
walaupun kepenatan tp,wujud kepuasan yang tidak terhingga

..Jatuh bngun di gelanggan petanque..

Thursday, October 22, 2009

..cupcakes..


Keheningan ini....Chenta teringin nak mkn cupcakes yg pelbagai warna dan cOrak..
tp,kesukaran utk menjumpainya di sekitar Kangar menyebabkn Chenta terpaksa membantutkn hasrat ini!!
Nak buat sendiri tidak mungkin!!Chenta xreti..~


lalu..kukhabarkn pesanan melalui angin:


Abg Mi..tOlong crkan cupcakes ni sempena kepulangan saya nnt ek??
xnk bnyk..nk....satu,dua,tiga........dua belas...jer!!
Saya taw kamoO snggup berkOrban demi adek tersyg..kn2??
=)

aktiviti harian

..Inilah kesan dan akibat mempunyai waktu yg sgt bnyk terluang..
..waktu ptg dan mlm dipenuhi dgn aktvt mengedit gmbr..
..Lantaklah xpndi pown...asal bleh nmpk mcm gmbr..

Chenta memerlukan pengurus kehidupan yg sgt pro utk menguruskan hidup dan waktu-waktu terluang Chenta..spew nk jd??
cepat.cepat.cepat

=)

Wednesday, October 21, 2009

.:.award.:.

Mekasih Ayu fOr the award~

Kepada semua follower blog Chenta..apew lagi..ambk la award ini..=)


Aqib Al-Ahya Ibrahimi

.:.Adew alasan mengapa Chenta suka pulang ke rumah.:.
.:.Adew alasan mengapa Chenta suka meninggalkn tempat pengajian.:.
.:.Adew alasan mengapa Chenta berat hati ingin pulang ke Kangar.:.
.:.Adew alasan mengapa Chenta sering bermuram durja apabila saat menjejakkn kaki di dalam bas untuk pulang ke maktab.:.
.:.Adew seseorg Chenta tinggalkn di kg halaman.:.


Ya!!saya rindu budak gemok+cOmel ini...itu sebab Chenta sering menanti saat pulang ke rumah!!

Gambar curik yg Chenta perolehi..=)

Thursday, October 15, 2009

kepulangan

Saat yg dinanti - nanti...Chenta tidak sabar lagi hendak menjejakkan kaki di rumah kesygan..
Dalam tempoh beberapa jam dari entry ini dipublishkn...Chenta akan meninggalkan Kota Kangar..
=)
Selamat Tinggal Kangar..~

mood:keterujaan tahap maksimum..

jom!jOm!jOm!
BALIK~

Sunday, October 11, 2009

.:.TANAMAN.:.

..Rindu pada tanaman Chenta..
Perlu pulang pada Deepavali nnt...perlu melihat bagaimana keadaan tanaman Chenta
Miss Tinta..bler nk bg game seakan - akan ini..??
Chenta menunggu dan sentiasa tertunggu
=)

Thursday, September 24, 2009

sALAM Aidilfitri

Alhamdulilah..setelah menjelang raya ke-5 barulah Chenta berpeluang utk update Melody D'hearty..kepulangan dari Perlis terus ke kg halaman menyebabkan Chenta tidak sempat utk meng'update' blog ini...tidak sempat juga utk menyampaikan ucapan Hari Raya...JUSTERU,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI
mohon maaf zahir dan batin andainya...

..ada terkasar bahasa..
..ada terkata yang tidak kena..
..ada tertulis yang tidak sepatutnya..
..dan.dan.dan sebagainya..


Friday, September 11, 2009

*jemu*

Ya..setelah hmpir 2minggu menjalani puasa di mktb..inilah peneman setia Chenta ketika bershur..tiada yg lain..walaupun seblum ini Chenta bknlah terlalu addicted dgn air ini..tp, terpaksa juga..~
Dan..kini semakin jemu dan jemu..tekak takleh nk trime lg...!!
Tlong..adew air lain x yg lbih sedap dan sesuai dengan citarasa Chenta??
dan kesan drp kejemuan tersebut MAKANYA.....
++
bila nk blik??nk bersahur dengan makan NASI!!
Chenta rindu dgn lauk - pauk Mak msk..NK BALIK!!
xrela berteman dgn air MILO lagi..tp, bak kata roOmate..
"Hanya itu rezeki yg kte adew"
Lalu, Chenta perlu terima dan pasrah..hnya tinggal beberapa hari lagi sebelum pulang
Tp,bnyk bebanan yg perlu diselesaikan..~

mood:semakin tertekan!!

p/s:Beristirehat sebentar dari belenggu assignment..

Sunday, September 6, 2009

BLOG

*BELUM BERSEDIA UNTUK UPDATE BLOG*

Monday, August 31, 2009

MERDEKA.MERDEKA.MERDEKA

MERDEKA.MERDEKA.MERDEKA.MERDEKA.MERDEKA
MERDEKA.MERDEKA!!

Saya BANGGA menjadi ANAK MALAYSIA
1 MALAYSIA...RAKYAT didahulukan..PENCAPAIAN diutamakan~

PEACE NO WAR

p/s:Chenta akan bertolak ke Perlis sekitar 11.00pagi..

Sunday, August 30, 2009

mula BELAJAR


Chenta baru mula berjinak - jinak dan belajar dengan benda alah ini!!
Meskipun agak terlmbt..tp,argh pedulik apew..yg pnting dh jOin mende ini!!
Jom.jom.jom
kte layan FACEBOOK!!

Friday, August 28, 2009

Setiap Jumaat

Finally!!berjaya juga Chenta menghabiskan pembacaan novel ini..hmpir memakan masa 2 weeks okeyh..Chenta mmg sgt lmbt apabila membaca nOvel..
Bkn.bkn.Bkn mengeja sebaliknya menghayati setiap cerita yg dibaca...hehehe..=)
Novel ni dh beli time Pesta Buku hari tu lagi..tp, skrg bru berkesempatan nak baca..biasalah, kata cuti jadi setiap masa dan waktu dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang digemari..
Ckup.ckup.ckup!!
Skrg suka sgt berceloteh ketika menghasilkan entry..
Isyh.Isyh.Isyh

............................................................................................................................................................

Dan apew komen Chenta mengenai novel hasil tulisan Norhayati Berahim ini??

Setiap Jumaat yg begitu indah..Chenta suka jalan cerita ini..Berkaitan dengan kekeluargaan, keagamaan, nilai persahabatan dan daya pemikiran..Meskipun Chenta tidak pernah menjejakkan kaki di negara Jepun..tetapi, melalui novel ini dapat Chenta ketahui gaya hidup, pemikiran serta budaya hidup rakyat Jepun..dan teringin untuk merasainya sendiri (ceit, adew hati mau ke Jepun)..Jalan cerita yang banyak memberi kita iktibar dan panduan dalam kehidupan sebenar..Tidak banyak cerita cinta tapi lebih memaparkan nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga, masalah kekeluargaan dan nilai persahabatan. Seperti biasa garapan dari penulis Norhayati Berahim tiada cacat celenya..ringkas, dan dekat di jiwa pembaca!!
Kesannya..sukar untuk Chenta lepaskan Setiap Jumaat apabila sudah mula membacanya~
Cayalah!!~

Nak tahu kehebatan Setiap Jumaat??
Baca dan nikmatilah sendiri keindahannya..~(ceh.ceh..tlong promote!!~)

p/s:Dalam proses pembacaan sebuah lagi novel..Nantikan reviewnya!!~

Wednesday, August 26, 2009

PUASA.PUASA

Ish..akhirnya puasa kali ini Chenta terkena stu pnyikt yg pling cb dielakkn..iaitu..GASTRIK!!
Ingt puasa dkt rumah ni dgn wktu shur yg xprnh nk miss.., wktu buka terlebih mkn..pnykit ni msih hinggap dkt perut Chenta..blik mktb nnt xtaw la mcm mn rupanya..

By hook by crook walau terpaksa tunggang toNggek roOmate nk kjt bngun sahur..
YA!! Chenta perlu bngun shur..

skit selepas berbuka semlm mmg lain dr yg biasa..dan jawapannya..Chenta terpaksa telan ubt gastrik biru dan ubt angin..
YERK! sumpah nk muntah~

saya benci ubt itu!!tlong..hindarinya dr diri Chenta..

P/s:teringin nk minum nescafe ais..slrpp!=)

Tuesday, August 25, 2009

Kasih dan Sayang..(^^,)~

pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada gurunya.
ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


murid : cikgu, mcm mane kte nk pilih seseorang yg terbaik sebagai org yg pling kte syg? macam mane pulak nk jage kasih sayang itu biar terus berkekalan?

cikgu : oh, kamu ikot ape yg cikgu suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. pilih yg PALING cantik tanpa menoleh kebelakang walau sekalipun. dah petik rumput yang PALING cantik, bawak ke kelas.

apabila pulang,
tiade sehelai rumput pun ditangan nyer.
cikgu bertnya kenapa tiade rumput?

murid : td mase berjalan, sy carilah rumput yg PALING cantik. mmg ade yg cantik, tapi sy terus berjalan mencari yg PALING cantik tanpa menoleh kebelakang. tp smpai di penghujung padang, sy xjumpe pun yg PALING cantik, mungkin ada diantara dibelakang td rumput yg PALING cantik tp cikgu ckp xleh menoleh kebelakang, jadi tiade lah yg boleh sy petik.

cikgu : ya, itulah jwpnnyer. maknyer apabila kte tlah berjumpe dgn seseorang yg kita sayang, jgnlah kita mencari yg lebih baik dari itu. kite patut hargai owg yg berada di depan kte. semuga yg di depan kite sebaik baiknya. jgn kita menoleh kebelakang lagi krna yg berlaku tetap telah belaku. semoga yg berlaku tidak berulang lagi. dan...

Ingatlah org yg paling kita sayang itu adalah PALING cantik dan PALING baik.
Jadi jgn sia2 kan kasih syg yang diberikan kepada kita!!


p/s:Psst..artikel ini Chenta rembat dr blog kenalan Chenta sbg tatapn kte semua!!~

Sunday, August 23, 2009

card dr XOXO!!~


tq Cik XOXO!!~

"Semoga Ramadhan menjadi bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan petunjuk untuk diiri dan keluarga kita hendaknya"

PBS..dan..Ramdhan Al-Mubarak

Walaupun dah seminggu Chenta pulang ke rumah tercinta baru kini Chenta sempat untuk ber"on9" dan godam - godam blOg sndiri dan melawat blog rakan - rakan yg lain..Semakin lama semakin tidak terurus blog Chenta..dan semakin kurng entry - entry untk dipost sbg tatapan.. Ya!!kdng2 timbul rasa kejemuan tp, Chenta msih syg dgn dunia blogging ini..dunia yg mampu memberi kebebasan kepada Chenta untuk menulis..hahaha..dah mula nk mengarut..ni la implikasinya kalo dh lme xmengepost entry..

Berbalik kepada apew yg Chenta nk cter kali ini ialah berkaitan Pengalaman Berasaskan Sekolah yg telah Chenta jalani 5 hari yg lepas dan kini telah smpi ke penghujungnya..Meskipun sedikt keletihan dan kebuhsanan tp, bnyk pengalaman yg dapat Chenta kutip untuk dijadikan bekalan kelak..bnyk bnding beza yg dapat Chenta lihat berkaitan dengan dunia persekolahan ini..dan yg pasti Chenta merasai 1001 perbezaan dlm tmpoh 5 thn ini..

~dulu2, tyme naik bas skolah..org xheran pOwn kalo Chenta xduduk tp, kini asal naik bas jer adew suara - suara yang berkata,"Cikgu, adew tempat kosong dkt belakang" ..yes!!dpt ddk..=)~

~dulu2..xde spew nk tny Chenta soklan Maths ke, Science ke..skrg..adew je yg mintk tlong ajar maths la..nsib soalan yg diaorng kasi mudah untk dijwb..kalo x..jnuh la nk menjwb..hehehe..
as a teacher.u must always be prepared!!~

~kwn2 satu tmn yg tgk Chenta pki bju cntek-cntek..naik bas..blik dkt Maghrib..jgk naik bas tumpang gembira dgn diri Chenta.."ee..dh jd cekgu la, dulu ko skolah selekeh jerkn"~

~aunty bas yg garang dlu2 pOwn sgt2 la bersopan dan menghOrmati Chenta..tp, Chenta lebih menghormati aunty sbb bg naek bas...lgpown rindu dgn aunty sbb dh lme xjmpe..rindu dgn uncle driver jge..-)~

walau bnyk bezanya..tp,perjalanan Chenta sbg seorng guru masih jauh dan perlu diteruskan!!

Dan..skrg dh tiba bulan Ramadhan..bulan yg dinanti - nantikan..(ceh,iye2 jer..padahal lbih nntikn bulan Syawal)..bulan dimana semua umt Islam berpuasa..bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga dari bnyk aspek lain seperti nfsu dsbnya..dan pling menggembirakan apabila Chenta dpt menyambut hari pertama Ramadhan kali ini bersama keluarga terchenta!!
Ya!!Chenta sdg bercuti..dh brape thn xdpt berpuasa bersama keluarga kerana tinggal di perantauan dan kali ni rezeki Chenta untuk berpuasa bersama keluarga..NIKMATNYA!!

Diharapkan dengan kehadiran bulan Ramadhan ini kita sbg umat Islam berebut - rebut untuk membuat amal kebajikan dan mengambil kelebihan serta keberkatan dari bulan ini untuk menambahkan amalan - amalan kebaikan..hanya setahun sekali..AMIN~

p/s:biler nk beli bju raya ek??..hehehe..Chenta beransur dulu..perlu meneruskan kerja - kerja menyiapkan refleksi untuk Program B.I.G!!
~Chow..**

Friday, August 14, 2009

..Herney..


Entry ini bertujuan untk menjwb tag dr Herney Aqilah..tq ya dik sbb tag Cik Chenta..
Sbnrnya dh lme Chenta mengabaikan aktvt-aktvt tag ni..tp,tp, sbb mempunyai sdikit kelapangan dan memenuhi permintaan juniorku di mktb ini...maka .............

*nama timangan*
kihkih..mcm xprnh wjud jer nama timangan ni..tp,slaloO org pnggil seha

*anda seorng yang*
pemalu..huahua

*lagu kesukaan*
semua pOwn suka asalkan sedap didengar..tp,lebih pada lgu melayu..
sng nk fhm dan hayati

*makanan kegemaran*
semua.semua.semua
Chenta mmg suka mkn..=)

*anda stress?*
Chenta stress kalo merasa terbeban okeyh

*perlu ada dalam beg*
buku nota pnjg..tok slin nota semua sbjek..
gula - gula
cloud 9
hp
purse!!~

*warna kesukaan*
hijau..gnting, pisau,beg,baldi, semua warna hijau..
tp,Chenta suka ker hijau??

*kali terakhir menangis dan mengapa*
Last week..erm..kwn Chenta telah pulang ke rahmatullah..=(

HerNey..selesai~

Saturday, August 8, 2009

Cinta Luar Biasa..(^^,)

Perkenalan kita beberapa tahun dahulu telah membibitkan rasa yg sgt mengasyikkan,
Membentuk satu perasaan halus yg sukar dimengertikan,
Dan...kita tahu ia adalah sesuatu yang telah ditentukan sejak azali lagi..
Itulah kuasa Yang Maha Esa..telah mempertemukan jodoh untuk kita..


Perasaan kasih, sayang dan cinta yg kita semai semakin bercambah
Semakin hari, aku semakin mengenali dirimu..
Semakin dekat dirimu dengan jiwaku..aku percaya hanya kau kekasih awal dan akhirku,
penawar jiwaku, pengubat senduku, penglipur lara dalam hidupku!!
Kita berkongsi suka dan duka, tawa dan sendu, manis dan pahit, madu dan racun..
hanya bersamamu..


Mungkin benar..
ada tikanya pasang dan surut,
ada tikanya ia berkocak,
ada tikanya terbentuk tembok-tembok perasaan yg tidak diingini,
ada tikanya aku ralat dengan perasaan sendiri,
ada tikanya aku tak ambil peduli,
Namun..aku perlu kamu!!


MAK..ABAH
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-23
Moga hubungan ini akan terus kekal dan mewangi serta menyinari kehidupan kita sebagai satu keluarga yang hakiki..~
Love soo much!!

8/8/1986

Friday, August 7, 2009

Al-Fatihah buat Hafiz Naqiuddin..

Beberapa hari lalu Chenta mendpt khbr berita mengenai kematian sahabat Chenta..xkeruan rsenya..teringt kenangan bersama arwah selepas sekolah..kami sama - sama berkongsi cerita dan permasalahan bersama..masalah berlainan jantina tidak pernah menjadi batu penghalang kpd kami utk sama - sama meluahkan curahan hati dan perasaan..

Tidak sngka hubungan pershbtan yg biasa - biasa menjadi akrab kerana keperibadiannya yang baek..Harapan untk bertemu ketika reunion sekolah tidak tercapai akibat kebizian Chenta..dan ini menimbulkan ralat dihati.. Usaha untuk meyatukan arwah dengan insan yg disayangi juga tidak berjya Chenta tunaikan.Rasanya terlalu bnyk yg Chenta "berhutang" kpdnya..

Dan..pemergiannya satu kejutan yg terbesar..tumpah juga titik - titik air mata mengenangkan arwah..Namun, sbg kwn Chenta harus merelakan pemergiaanya dgn rela hati..Agar arwah tenang disana hendaknya..

Sukar hendak mentafsir perasaan ini..kala menulis entry ini sekali lagi bergenang air di tubir mata.. Moga-moga arwah ditempatkn bersama orang-orang yang beriman!!~
Al-Fatihah untuk arwah Hafiz Naqiuddin!!

p/s:Pershbatan yg terjlin akan kekal utuh meskipun..kte telah dipisahkan di alam yg berbeza~

Tuesday, August 4, 2009

Perlu itu..

Jiwa sedang tidak keruan..
Ya!!Chenta perlu pulih semula..~
Tabahkan hati melalui hidup bergelar MANUSIA!!

************************************************************
Saya perlu lebih cekal utk menghadapi
kau.kamoo.dia.mereka
=)


p/s:Walaupun wireless ni lju jer hari ni tp, Chenta tidak ber'moOd' nk tlis pnjg2..
Rugi.rugi.rugi!!

Friday, July 17, 2009

CHENTA kembali..

Yeah!!akhirnya dpt jgk Chenta kembali ke laman blogging ini..setelah hmpi berminggu Chenta meninggalknnya hingga berhabuk dan bersawang..!!Ya..Chenta kebizian..bkn sekdr bz dgn task+homewOrk..tetapi, Chenta jg bz dgn aktvt tdo dan tugas2 laen..~

Dan..seketika masih berpeluang ini..Chenta coretkn serba sdikit perjlnan idup Chenta..

~kelas mkin bnyk dan..tidk henti-henti...setiap pg dan ptg perlu ke kelas..dan..Chenta berhrp..silalah tlis kelas dimana..sy xmmpu nk mencrnya lg!!~

~GERKO.GERKO dan GERKO!!Chenta tak reti main basketball tp, perlu bljr dgn giat!!Ayuh..dtglah semngat cintkan BOLA KERANJANG~

~senaman pg sprt biasa dan..wjud khdiran..spew nk pOnteng sila khbrkn seawl mgkin..!!~

~berat smkin naik..tiada usaha utk krus..kerna Chenta sng hati tinggal di sini~

~idup tidak terurus..sentiasa selekeh ke kelas..sprt manusia yg tidak siap..bler mau berubh..Chenta sila jaga penampilan anda!~

~JUNIOR baru..selamat dtg..dan kehidupan mlmku smkin berseri dgn kelipan lmpu dr blik anda semua..~
~dan..kini tinggal Chenta seorng..mereka semua pulng utk bercuti..semkin rindu kpd family dan..kamoo..TUNGGU kepulang Chenta ya!!

p/s: 1 months more to back home..SELAYANGKU SAYANG..tunggu!!

Friday, July 3, 2009

HANYA AIR..(^^,)

AIR.AIR.AIR
tlong jgn seksa hidup ini..
KERNA kamoo Chenta pOnteng tazkirah Jumaat pg tadi..~
Ini bukan salah Chenta
TAPI.TAPI.TAPI
salah air..
Argh!!tertekan..!!

Thursday, July 2, 2009

Keluar juga!!

Keputusan semester lepas dah dikeluarkan 2 hari yg lepas..dan bru hari ni Chenta berpeluang nk pOst entry mengenainya..

Alhamdullilah..meskipun berlaku penurunan dlm pointer yg diperolehi..tp, Chenta bersyukur sbb ini merupakan semester 1st dlm degree..dan, ini merupakan satu permulaan yg positif dalam perjalanan hidup Chenta..diharapkan ia akan berkekalan hendaknya..
Akhirnya, segala usaha yg ditaburkan selama ini telah menampakkan hasilnya~

Namun.Namun.Namun!!
tergalas semakin besar tnggungjwb dibahu utk meneruskan kejayaan ini..
tidak mahu leka dan lalai
sebaliknya terus berjuang hingga ke akhirnya..~

Ya Allah! Berilah kekuatan kepada hambamu ini utk meneruskan perjalanan
hidup ini yg semakin hari,semakin terang dan jelas cabarannya..
Amin!Amin!Amin!


Kepada seluruh warga PEMULIHAN (BM) SEMESTER 2..tahniah atas kejayaan kte semua.. Moga-moga ia akan terus berkekalan..dan terus menuju kepada peningkatan!!
Go PEMULIHAN!

Sunday, June 21, 2009

abah.abah.abah

Dear Abah,

Selamat Hari Bapa..&..Happy Father's Day!!

Saturday, June 20, 2009

Chenta perlu SegerA..!

cuti telah sampai ke penghujungnya lalu..

~Chenta perlu segera sembuh daripada kesakitan yg berbalik dan berulang ini..Chenta perlukan kesihatan yg terbaek untk meneruskan idup yg jauh dr keluarga yg tercinta..tidak mahu memulakan semester baru dgn smngat ini!!~
~Chenta perlu segera menyudahkan pembacaan nOvel yg kelima..masih berbaki 600++ muka surat~
~Chenta perlu segera berkemas..wargh!!bas pkol 11.0opg esok...jika lmbt akan ketinggalan!~

p/s:Chenta tidak suka apabila tiba saat utk pulang ke Kangar!
=(

Thursday, June 18, 2009

J.P.Belakang..CONGKAK!

Kesengalan melanda apabila menontOn filem ini!Tak sngka plak Chenta telah menjejakkan kaki ker pnggung wayang utk menOnton filem "JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK"..Ini akibat terlalu buhsan..Justeru, kaki Chenta pOwn bergerak la ke Alamanda dan menghabiskan masa menonton filem ini..dan ini sedikit review berkaitan filem ini:

***************************************************************
Mengisahkan 3 org sepupu..(maaf Chenta xigt nama) yg dtg ke kg utk mewarisi harta peninggalan atuk mereka yang telah meninggal dunia...Atuk iaitu lakonan Piee yg mempunyai saka mengalami saat sukar ketika hendak menghembuskan nafas terakhir..dalam wasiatnya beliau telah mewariskan semua harta-hartanya kepada 3 org cucunya dengan beberapa syarat iaitu..1.kne tdur selama 3mlm di kg tersebut,2. xbleh sentuh apew2 brg pOwn dlm rumah tersebut..Tetapi,akibat kedegilan cucu-cucunya, maka salah seorng drp mereka telah terpegang dgn sebuah cOngkak miliknya..maka terjadilah satu sumpahan..dan sejak dari itu berlakulah pelbagai perkara pada setiap mlm di kg tersebut akibat drp sumpahan itu..seorg drp cucunya menjadi org minyak (lakonan Mazlan Pet-Pet), toyol (lakonan Cat FArish) dan hantu raya (lakonan Shamzey Zulkifli). Sepanjang sumpahan itu maka berlakulah pelbagai adegan yg melucukan yg mampu buat org menOnton gelak terbahak-bahak..memang wujud kesengalannya..~Tp,yg xbestneyr..filem ni mcm xde ending..myb nnt adew siri yg kedua plak kOwt..tp,okeyh la utk tOntoNan semua..
pelakon laen:Dina, Den Wahab, Zarina AF, Lisa Surihani dan ramai lagi..

Mengikut pndangan Chenta:
*walaupun konon2 cter seram..tp,bnyk kelakar dr seramnya..adew la beberapa babak yg buat Chenta menggengam beg dgn kuat..tp,xde la seram sgt!!*
*permulaan die best..nmpk mcm suspens sket+kelakar+lawak*
*pelakon yg mmg kelakar...dan Chenta pling ske dgn
Mazlan Pet2..seriyes..kelakar*

*5 bintang utk lakonAN Azlee Senario..mmg sesuai pegang watak sbg bOmoh yg berunsurkan keislaman ni*
*best cOz adew selingan lgu2..yg bleh mengelakkan drp tidur!sedap plak tu lgunya*
*dan.dan.dan..adew bju batik bdk mktb selalu pki kuar dlm cter ni..sO,bg bdk2 mktb perlis..tgk la..adew bju kOrunk..tOk ketua pki..hahahah..*

Overall,syOk tp, adew unsur2 kesengalan..~
Erm..Chenta bg 4 bintang utk filem ini..(^^,)

p/s:Menjejak kenangan lama di Alamanda..dan melakar kenangan baru disana!!

Monday, June 15, 2009

Perkembangan Nasiha Mohd Sharif

Erm..masa Chenta tlis en3 ni pOwn..jam dh menunjukkan pkol 2.0O a.m..myb rmi org dh melelapkan mata tp,memandangkan Chenta bru jer memulakan mlm2 Chenta maka, mata ni pown tidak menunjukkan rasa utk tdo..
Jadi,Chenta pOwn memgambil peluang membelek-belek folder gmbr di dlm laptoo dan juga menyembang bersama kwn2 dkt myspace..hOw bOred my life..HUH!
tp.tp.tp..saya xrela utk pulang ke mktb lg..
Dok tgh skodeng-skodeng folder gmbr dlm laptop..terjumpa bebrapa keping gmbr..dan ia ckup menyedarkn Chenta bhwa..Chenta telah melalui kehidupan ini selama 20 thn..eleh..apew sgt 20 thn kn2??
xkesah la..tp,syok pulak bler dpt tgk blik perkmbngan diri kte dr kecil hinggalah dah akhir remaja ni..tinggal nk capai dewasa dgn tua jer lg..tp,terfikir-fikir dlm otak ni..
Npew berubh sgt muka aku ek?

Ini ketika zaman kanak-kanakku..masih di peringkat sensori motor!!
(1thn)..

Mak ckp:"Kamu masa kcik2 mcm bdk laki..(erti kata laen tOmbOy)..sbb tu mak pkikn rntai tp,tragis kalo bwk pg taman..org still tnya..laki ker??Apew diorng xnmpk ke mak pkikn rantai..adoi"
Chenta:"Erm..biasalah tu.."


(sedih..nseb ak xmcm laki smpi skrg)
Sejak dari itu,mak sentiasa pkikn Chenta dgn skirt..dan pling best skirt yg kembang semangkuk tu..bestnyer kalo bleh pki smpi skrg..=)

Ni dh besar sket..sekitar usia 4 atau 5 thn..gmbr ni kenangan dkt umh Tapah Road bersama kerusi kegemaran Chenta ketika kecil..selalu berebut kerusi ni dgn sepupu yg laen..last2..kerusi ni dibuang kerana sering menjadi perebutan..Pergh!!
tp,ini zaman kegemukan Chenta..

Chenta:"Mak,npew saya tembam dlu ek?"
Mak balas:"Mn la xtembam..pantang mak suap mkn..kamo msti telan..xprnh tOlak..bg la apew sje..nasi ker,bubur ke..mulut kamu tu sentiasa ternganga.."


Isyh..pttla smpi skrg aku kuat mkn..rupa-rupanya dh biasa dr kecik lg..
Adakah Chenta akan kembali ke zaman kegemukan ini??
TIDAK!!(^^,)

Hahaha..ini dh smpi ketika jd perawan!Kre zaman sekarang lah..dh msok usia remaja..
Semakin besar,semakin matang, semakin berfikiran!!

MAk pesan:"Pandai-pandai la bwk diri..kamu dh besar..jaga diri dan jaga maruah keluarga. Mak sentiasa pantau apew kamu buat.INGAT!!"

Ingat dh besar2 ni xde spew nk pantau tp,rupa-rupanya masih diperhatikan meskipun dr jarak yg jauh..xpe2..!!

Ini jelas membuktikan Chenta semakin dewasa..semakin membesar dari pelbagai aspek dan terus mengorak lngkah utk membina kehidupan pada masa akan datang!!
Tp,rasa belum puas menikmati zaman knk-knk..!!


T.E.R.U.J.A

Life is like a beautiful melody, only the lyrics are messed up.

..Semakin teruja mencari quotation yg menarik utk dijadikan pegangan dalam kehidupan..
Boleh dijadikan panduan bagi diri yg terumbang-ambing ini utk membentuk peribadi yg lebih
MENAWAN..
Yeeeeeeee...ha!!

p/s:Abah..saya mahu kasut..tiada yg laen hanya KASUT!!Pasti perolehi!
Chenta juga semakin berminat dgn buku-buku motivasi..
Wanna share with me??

Friday, June 12, 2009

Monster..dan..Aliens mengganas!

Akhirnya, dpt juga Chenta menjejakkkan kaki ke pnggung wayang..diatas kesibukan sepnjang beberapa minggu sebelum ini tidak mengizinkn Chenta menjalankan aktiviti ini..hahaha..
tp,malang berlaku..Chenta telah membawa knk-knk dibwh usia 13thn makanya, terpaksa la Chenta mengikut kata - kata mereka utk menonton filem :MONSTERS VS ALIENS:
Memaparkan jalan cerita yg mudah utk difahami jadinya, amatlah bersesuaian untuk tOntonan semua tnpa mengira usia..tidak memerlukan daya pemikiran yg tinggi sebaliknya filem ini sangat santai dan enjOy utk ditonton..
TETAPI,
bagi golongan yg tak berminat dengan filem2 kartun ni..xpyh la pg menOnton
okeyh!=)

Sedikit review mengenai filem ini:
Mengisahkan seorng wanita yg ditngkap ketika hari perkhwinannya dan menjadi monsters..dan dikurung disatu tempat bersama rakan-rakannya yg lain..ketika ni mcm2 perkara yg berlaku yg mampu menarik perhatian penOnton..kedatangan aliens yg mengganas memerlukan bantuan monsters ini untuk menghapusknnya..maka wujudlah pertarungan antara monsters dan aliens..
dan..nk taw endingnya??tgkla sendiri..=)
dan yg pasti...filem ini menggunakan teknik animasi yg menarik dan sgt2 menarik..
Chenta yg tgk pOwn turut teruja..~
(^^,)

p/s:3 bintang setengah utk filem ini!!~

cik hErnEy & mR.ziKerY..(^^,)

Special thanks 4 both of them..
Mr.zikEry & ciK hErneY
kedua-dua mereka merupakan junior-junior Chenta..
Zikery merupakan junior ketika di Teknik Sepang, manakala Herney junior di institut sekarang..
dan apew yg pasti..kami merupakan prOduk-prOduk yg dihasilkan drp sekolah teknik..=)

Ini daripada Mr.Zikery Hassan

Ini pula dari Cik Herney~

**********************************************************

Terima kasih atas kesudian meng'share' award ini dgn Chenta tnpa mengira pngkat, darjat, jantina mahupun...USIA!!
Thanks a lOt my dears!!~

Diatas kesudian mereka berkongsi award ini maka..Zikery & Herney..
baca ni..

Herney dan Zikery:
1.Kedua-duanya merupakan junior Chenta..
2. Kedua-duanya saling mengenali antara satu sama lain..
3.Kedua-duanya merupakan bakal guru..
4.Kedua-duanya mengambil major RBT..
5.Penuntut - penuntut disalah sebuah institut perguruan di Malaysia..

dan.................HERNEY:
1.Dia baek..kerana telah meminjamkn topinya utk kegunaan Chenta ketika BIG..
budi baikmu xkn Chenta lupakan..TQ ya!!
2.Comel sesgt..
3.KAlo tgk die 1st tyme,Chenta akan mendescribekn die sbg seorng yg sOmbunk..ssh sgt nk
senyum dkt org..kn2?
4.SelaloO mendgr cerita+gOsip berkaitannya..HAH!!
5.Kalo xsilap org N9..btuikn??

ini ZIKERY pulak:
1.Sekolah Teknik Sepang tp,...Chenta xsedar kehadirannya disekolah..mgkin die sorg yg
low profile..=)
2.Nmpk mcm tampan..btOl ker?
3.Adoi..dik akk blom mengenalimu sepenuhnya..sukar utk mendescribekn dirimu!!

*******************************************************************
Dan Chenta berbesar hati berkongsi award dr Cik Herney dgn:
Cik Tejaaulia
Cik Sensei
Cik Att (seorg lg bakal guru)
Cik Zara
dan sesiapa yg nk..ambik la..(^^,)

Thursday, June 11, 2009

MENGGAPAI LANGIT

I found that the men and women who got to the top were those who did the jobs they had in hand, with everything they had of energy and enthusiasm and hard work.


*Secubit pengorbanan, sekalung kedukaan, setiap langkah usaha, setitik keringat tawakal dan..
.....lahirlah SEBUAH KEJAYAAN yang diimpikn!!~*

Semangat baru datanglah utk persiapan semester baru..tidak mahu leka lagi..dan..akan terus berusaha.berusaha dan berusaha..!
ChaiyOk~

.:.nO more tv.:.
.:.nO more SMS.:.
.:.nO more games.:.
.:.nO more "sembang-sembang".:.
.:.nO more playing-playing.:.
.:.nO more caling-calling.:.

Argh!!itu bukan gaya Chenta utk berjaya..~

Ini kekAsih atty kU!

Kacak tak? Sesuai tak dgn Chenta??
TETAPI....
dia sgt famous+terkenal+popular..
Chenta rasa sgt2 tergugat..~
"Sila jangan rampas dier dari saya"
=)


p/s:SerOnok dapat main bOwling td..tetapi hnya mampu membuat catatan
1st=84pin, 2nd=93pin & 3rd=77pin..
perlu berusaha lebih kuat untuk menjadi seperti Shalin zulkifli..

Sunday, June 7, 2009

Qeema..'4' u!


1. Guna handphone apa?? ( with pic )
hp yg sesuai utk dicmpk ke dlm tOng smpah..
hmpir 4thn berkhidmat utk Chenta..
Nokia 6010 kowt!~

2. Guna kereta /motor apa? ( with pic )
Chenta tiada lesen!!
mn mungkin adew kereta..
jgn cter psl lesen..isu pling dibenci buat masa kini!!
huh!
=(

3. Guna wallet rupanya macam mana?? ( with pic)
hanya gambar dihadapan!!
dalam xboleh sbb kwn2 suka kata Chenta sbg penyimpan mahsuah kerajaan di dlm purse!!
ceit..nmpk sgt bersepah dompet ini!!
dh dkt 2 thn beli dOmpet ni..tp,syg mau tkr yg bru..~


4. Guna apa untuk update blog?? (with pic)
laptoo buah ati..pengarang jntung!!jenama LENOVO tp,xtaw jnis apew..
sy hnya taw pki..!

5. Guna jam tangan apa?? (with pic)
ini beli pki dwet elaun Chenta okeyhh..abah xmau sponsOr!!
tp,Chenta suka jam ni!

6. soalan terakhir..kena tag lagi 5 orang :
..nk kne tag ker??Chenta baek ati kali ni..jd..tiada yg terkena!!~

p/s:Qeema..already finished ur hOmewOrk!~
=)

Wednesday, June 3, 2009

Saya insan November(^^,)

Chenta terbaca blog seorng kwn di mktb..menari minat Chenta utk mengenali diri ini..
bukanlah percaya 100% tp,sekurang-kurangnya dpt muhasabah diri..
Tp,menjadi persoalan..
"Benarkah Aku Begitu??"

Banyak idea dalam perkara.
Bnyk ker?Chenta bukan insan kreatif tp,bab idea merapu+jhat..mmg handal!~

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Yups..sbb kami penyimpan orngnyer..kn2 ahli November yg lain.

Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam.
hahaha..entahla..

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
apew tu??mcm tidak.

Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
ceit..dlu cita2 mmg nk jd doktor tp,kini sy bakal guru..xsesuai ker??
abes ank murid dpt cekgu yg cermat..setiap kesalahan diteliti..=)

Personaliti yang dinamik.
dinamik??adakah saya mudah lentur..??

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
jd jgn dekati saya..berbhya..abes rhsia anda sy cungkil hingga ke akar!!

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
ya!!btui.btui.btui..stuju!~

Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
saya penakut, pemurah, setia dan penyabar??yg psti...penakut!~


Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
mak,abah,adik-beradik,kekwn semua ckp sy degil..btol la tuU..=(

Tak suka marah kecuali digugat.
hahaha..sO,paad sila jgn gugat ak..kalo x sia2 kne mrh free..

Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri.
tu la kje ak..dlm toilet pown dok muhasabah diri..b4 tdo kompen..dh jd rutin harian memuhasabahkn diri..

Cara berfikir yang lain dari orang lain.
sama sahaja..tiada bezanyer!

Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
~bazir air liur shja jike memuji saya~

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya.
!saya akan gapai apew sy mahu sO,jgn sesekali halang keinginan saya..

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
owhk..gosh..saya tidak romantik la..

Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
apew mksudnyer?
(berfikir sejenak)

Suka duduk di rumah.
tidak sama sekali..setiap saat dan ketika kaki saya sentiasa hendak meryap di luar rumah..

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
rajin dlm sesetengah bidang dan bkn dalam bidang kewanitaan seperti memasak & mengemas..
adoi..apew mau jd ni??

Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
=)

Bercita-cita tinggi.
saya hanya mahu sesuatu yg sederhana

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
bukan semua org pown mcm ni ker??
hari ni suka..esok,lusa..nyampah gler..rite??

p/s:Tq Cik Teja atas information ini!!~mau taw spew anda??
lawatilah http://tejaaulia.blogspot.com



Tuesday, June 2, 2009

tUkAr layOut!

bagaimana mau tukar layout yer??
sudah buhsan!!~
tlong.tlong.tlong
saya perlukn khidmat anda..(^^,)~

Sunday, May 31, 2009

dulu..dulu..aku..


Tgh-tgh mlm yg membuhsankn ni, Chenta pown ambk la peluang skodeng myspace kwn-kwn tyme skola dlu..
mn taw kowt2 bleh bertnya khbr setelah beberapa thn tidak ketemu..
setelah menjlnkn proses meninjau dan menyekodeng maka, tanpa disangka-sangka..
..Chenta jmpe gmbr ni dkt myspace my teacher
..Sir Syah..
xsngaka die still simpan gmbr ni dan upload plak dkt myspace..tetbe rse mcm famous plak..(^^,)

Ni gmbr chenta dgn bdk2 dorm..mse ni form 4..cOz form 5 doorm Chenta cOmbined dgn junior..
Dorm Chenta adew 14 org..dan semua adew perngai yg bervariasi..biasalah..
ddk asrama..kne pndi menyesuaikn diri..~

Ni la bju rasmi kami kalo blik dan outing..1st batch bju mmg buruk!huh~
gmbr ni plak sbg kenangan as a 1st batch student of SM Teknik Sepang..
BNGGA!BNggA!bNGGA!~

..bersama mereka bnyk suka, duka, jerit, perih yg Chenta perolehi
dengan mereka juga Chenta kenal erti kehidupan dan merasa menjadi remaja yg agak gila-gila..

jujur..chenta rindu mereka yg teramat sgt..
hampir 3 thn kte tidak ketemu..moga-mOga semua sukses dlm idop msing-msing~
luv them 4 ever~

p/s: Cuba teka Chenta yg mn satu?sama x dgn yg sekrg??
Syoknyer lyn lgu Masih Cinta-Kotak~