CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Thursday, April 2, 2009

"....."

Semakin lama diri ini semakin jatuh menyembah bumi,
Semakin lama semakin tidak bermaya menghadapi hidup ini,
Semakin lama semakin menyepi diri,
Semakin lama semakin menginsafi prestasi sendiri,

Makin lama, aku mula mengenang diri,
Mengenang apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi,
Aku sentiasa bersedia menghadapi itu dan ini,
Tapi,
aku gusar dengan kemampuan sendiri..

Mampukah aku menghadapi semua ini?
Yang nyata, ilustrasi dan khayalan mimpi,

Aku perlu sokongan dari Ilahi,
Memohon pekerti Dia yang Abadi..

Aku perlu mereka yang sentiasa disisi,
Menemani hidup yang semakin layu memakan diri..

Aku perlu kamu lebih dari apa yang diberi,
Kerana aku tahu..hanya kamu yang memahami..

Hidup..berilah aku sinar kehidupan sejati,
Berilah aku cahaya yang sering menyinari,
Berilah aku kekuatan yang abadi,
dan..berilah aku pedoman yang hakiki!!

Bangkitlah.Bangkitlah.Bangkitlah
diri ini~

9 comments:

LiLohOnEy said...

semoga kamOo kuat :)

chEntA said...

lilohoney:
tq dear!!~

Farhad said...

chaiyok seha! aku sentiasa di belakang mu! =D

ALUNAN TINTA said...

well.i pun akan dok sebelah u aje.4 tahun.promise!!=P~

sabrosa said...

aku sentiasa di tepi mu walaupon kmu selalu xpandang ke depan..hehehe

MariaFaizal said...

Beautiful poem dik..
Yet very direct in what you're wanting :)

chEntA said...

farhad:
tq2!!

ana:tq dear!!
nnt dlm kelas kte dua seblh ek??
jgn pisah taw!!~
=)

chEntA said...

sabrosa:
wah2..sempat lg tuu!!
hang dOk tepi la..
sng ak nk nmpk hang nnt..=)

chEntA said...

kak maria:
tq sis..!!
ni la sje caranye~