CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Friday, August 12, 2011

Setelah 6 minggu berpraktikum..=))

Selesai minggu keenam berpraktikum baru sempat Chenta nak update blog. Masa sangat-sangat tak mengizinkan. Bermula dengan semester baru di IPG dan terus berpraktikum di SK Bintong dalam satu tempoh yang panjang. Hari ini, baru berpeluang untuk update. Selama ni cuma sempat nak jadi silent reader untuk semua blog. Tak sempat nak komen apa2 kawan-kawan..Maaf ye!

Sebut praktikum memang begini keadaanya. Kesuntukan masa+kesuntukan tidur+kesuntukan berfoya-foya dan banyak perkara yang suntuk untuk dilakukan. Tapi, itulah kerjaya sebagai guru pelatih. Menimba pengalaman bergelar seorang guru.

Minggu pertama praktikum dah memang rasa down. Sampai-sampai tengok jadual. Oh demm! 12 waktu seminggu. Setiap hari ada kelas. Hari Selasa 2 kelas. Cukup 3 hari bersekolah terus kena gastrik sebab stress. Oh..kemon la Nasiha Sharif tu baru sikit. Jiwa tak dpt terima 12 waktu, mental lagi-lagi la tapi, semangat je yang mampu membuatkan Chenta bertahan hingga ke hari ini.

Minggu pertama di kelas arus perdana:
Murid: Cikgu kenal ayah saya?Dia pensyarah.
Cikgu Seha: Siapa ayah awak? Dia pensyarah kat mana? Jauh ke?
Murid: Taklah, dekat je..Ayah saya Ahmad bin *****
Cikgu Seha: Ooooo..(terdiam)
(Oh,okeyh kena ajar anak lecturer.)

Minggu kedua:
(Relief kelas tahun 6 Arif)
Murid: Cikgu, saya nak tanya sikit. Tapi, cikgu toksah marah eh.
Cikgu Seha: Iye, ada apa. Tanya la?
Murid: Cikgu makan apa? Saya tengok cikgu kurus kering sangat!
Cikgu Seha: Terdiam..(nak marah tak patut sebab dia cakap berdasarkan apa dia tengok)

Minggu ketiga di kelas Pemulihan:
Saya diobeserve dan buat kesekian kalinya;murid menangis ketika dalam kelas.!Tahniah cikgu Seha. hahaha..itulah padahnya kalau tak nak buat kerja. Sejak dari hari itu, baru murid-murid ini tahu yang saya seorang yang GARANG!grrrr..

Minggu keempat:
Murid: Cikgu, saya nak duduk kelas Pemulihan samapi darjah enam boleh?
Cikgu Seha: Eh,mana boleh sampai darjah tiga jer..
Murid: Eh, taknaklah nak duduk sampai tingkatan 1 pastu tingkatan 6..eh tak best la..sampai saya kerja la cikgu nak duduk kelas Pemulihan.
Cikgu Seha: Oh mak datuk!Sampai cikgu tua la cikgu nak kena ajar kamu??

Minggu kelima:
Saya buat kelas intensif dengan 3 orang murid tahun 6 yg tak tahu membaca.
Cikgu Seha: Cuba eja 'penganggur'?
Murid: La..mana nak taw cikgu. Payah tu.
Cikgu Seha: Cuba eja ikut suku kata peng+ang+gur
Murid: oh.okeyh saya tau.
Cikgu Seha: Sekarang cuba eja 'television'
Murid: Oh..takut saya dengar cikgu dan memang sah-sah saya tak tahu cikgu.
Cikgu Seha: Oh..(simpati..macam mana nk jawab UPSR sayang kalau membaca dan mengeja kamu tak tahu. Apa-apa pun,jgn putus asa.terus mencuba)

Minggu keenam:
Selesai diobserve untuk Pemulihan. Alhamdulillah, Chenta buat apa yang terdaya. Kini tumpuan lebih kepada subjek minor dan yang pasti anak Pemulihan saya tinggal seorang sahaja. Dua orang lagi dah selamat ke arus perdana. Tahniah sayang-sayang!

Murid: Cikgu, awat kami tak masuk Pemulihan dah?
Cikgu Seha: Oh, itu maksudnya Shahrul dah pndai..dah tak payah belajar dengan cikgu. Duduk dekat kelas atas belajar dengan cikgu ****
Murid: Tak mau la, saya nak belajar dengan cikgu. Kalau saya tak belajar dengan cikgu, saya nak ponteng sekolah. Jadi tak pandai!
Cikgu Seha: Ohhh..(itu maknanya kamu dah maju selangkah ke hadapan sayang.Jgn mengundur kembali. Cikgu sentiasa menyokong kamu!Cikgu pasti kamu mesti berjaya nanti. InsyaAllah)

Minggu keenam melabuh tirainya. Ada 2 minggu sebelum berakhir. Di awal dahulu rasa tak sabar nak habis tapi, kini dah jatuh sayang dekat anak-anak di SK Bintong. Keluh-kesah yang tak sepatutnya wujud dalam diari seorang guru tak mampu saya tangani. Sering Chenta mengeluh keletihan, kekurangan tidur dan sebagainya tapi, itulah pengorbanan. Moga Chenta terus diberi dengan kekuatan untuk bergelar seorang pendidik. InsyaAllah!

Bukan mudah menyampai ilmu tetapi, satu kepuasan dapat berkongsi ilmu dengan anak-anak yang memerlukan. Moga tidak lagi wujud keluh-kesah melalui bibir kecil ini dan semoga perjalanan ini terus diredhai dan diberkati.Ameen.

Permulaa yang meletihkan, pertengahan yang menyeronokkan dan diharapkan pengakhiran yang penuh dengan 1001 kenangan!


Chenta selitkan sedikit hasil kerja murid di kelas Perdana..anak-anak saya di kelas 2 Amar!


Mereka insan terhebat.Mereka pemimpin hadapan

p/s:Hasil kerja cikgu nanti dulu.Simpan untuk post seterusnya.
salam Ramadhan!nak pergi tanda buku murid.daaa~

4 comments:

Tinta Ana said...

amboii..sibuk bebenor cikgu ni. Sampai xbersua muka langsung dalam blog.haish..gerun I~

chEntA said...

tinta ana:
ohh..inilah penangan 12waktu..hahaha..

HR said...

semoga terus cekal dan bersemangat, cik seha. :)

chEntA said...

HR:
Ohh..thanks cik hanisah.!
insyaAllah,moga terus diberi kekuatan utk hari ini, esok dan mendatang..Ameen!