CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

heartbeat

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Teluk Segadas

Meskipun story ni dah boleh dikira lapuk dan basi tapi, Chenta baru nak mula cerita. Kesibukan sejak pulang dari Teluk Segadas membantutkan usaha Chenta nak update secpt mgkin entry ini..setelah sekitar 14 hari,ini entry sepnjng perjalanan dan aktiviti di Teluk Segadas.:.

Hari pertama.:.

Perjalanan yg bermula pada pagi hari terus membawa Chenta ke Tesco Mergong untuk membeli barang keperluan mcm makanan,air utk dibawa sepnjg perjalanan. Kemudian, perjalanan kami diteruskan hingga R&R Gurun..makan dan solat dan semua kereta yg berkonvoi terus memecut hingga ke Pulau Pangkor..!

Fuhh..serius memang penat even bukan Chenta yg bwk kereta..tp,ddk dlm kereta berjam lamanya mmg buat sakit segala tulang dan kaki..Sampai-sampai jer terus la check-in di
*
*
*
daaaaa..!
SELAMAT DATANG KE VALLEY VIEW HOTEL
walaupun ini bukan hotel yg bertaraf 5 bintang tapi,mmg masyuk buat tempat tidur..dgn hrga yg amat berpatutan iaitu RM60.00 semlm..mmg xsia-sia la kteorng booking hotel ni
mood:Puas hati sgt-sgt..!

Lps dah rehat dan mengisi perut destinasi kami yg seterusnya ialah
WATERFRONT..Chenta xtaw pown apew istimewanya tempat ni..dah diaorng bwkkan..jadi ikut shja..yg pasti mmg rmai la org yg dok memancing kt kawasan ni..tapi,pling syok dtg kt sni sebab:

Yehhaa..dapat main playground..rse mcm dah lme jer xjejak kaki kt kawasan tmn permainan..Nak bwk adik-adik main pown..adik dah besar mcm galah..jadi,mmg xde reason nk pergi tmpt mcm ni..

lihat..bertapa terujanya kami..mcm budak berusia 2thn dpt g playground
segala permainan kami test even dah terlebih muatan!

Kami geng PLAYGROUND!

kat Waterfront ni jugak adew bnyk la tempat-tempat utk bergambar..kira bnyk la tempat yg menarik contohnya mcm ikan ni..rasanya ikan ni mmg femes la..smua org dtg sni myb akan dtg dgn replika ikan todak yang besar ini dan kami pown xketinggalan..

Todak..oh..todak!

Jalan punyer jalan punyer jalan..last-last tepat jam 12.00 kami dah berkurung dlm bilik hotel utk tido sbb esok masih bnyk aktiviti yg menanti..!

Hari kedua.:.

Jam 2.30ptg dah stay kt Teluk Batik sementara nak tunggu kenderaan yg akan membawa ke Teluk Segadas..dah lama xjejak kaki kt Teluk Batik..last Chenta pergi rasanya dalam 15 tahun yg lalu kowt..lama kan??=(

Ini aksi mereka sementara menanti bot nelayan tiba utk ke Segadas..

Yeah..kami insan pertama bergerak ke Teluk Segadas.:.
p/s:yang pakai topi itu adalah insan yg menjaga kecntikan kulit..mereka xmahu hitam..!
tapi,Chenta..??

Ini kegawatan yg berlaku bila geng Sena Indah yg jakun dapt naik sampan ke...BOT??
isyh..konpius..xtaw sampan @ bot.

Bila dapat je jejak kaki kt Teluk Segadas dah xtunggu apew2 lagi..Even,time tuh tgh ptg rembang..tapi,kami dok pulun la mndi pntai..hebat x bila dgn selamba kami mndi mse jam menunjukkan pkol 3.00 ptg??Smbil mndi smbil main bola,smbil mndi smbil mkn, smbil mndi smbil sembang,sambil mndi smbil berkayak..itulah aktvt kami sepnjng disana..

Aktivit menimbus Ainon..!

Bila dah puas mndi pantai,mlm tuh adew aktvt santai yg dijalankan..Sambil buat BBQ,adew la aktvt karoke..yg bajet-bajet mereka artis..apew lagi..pulun la dok nyanyi..Anyway,mmg sempoi+sporting hbes la..lalala..

Tapi,maaf Chenta bkn kaki karoke dan pling pasti saya tidak berbakat dlm bidang ini..kalo sruh karoke dlm karoke jamban tuh boleh la..Jadi,Chenta ambil inisiatif lain utk jln2 kt pntai smbil pulun menulis dan melukis atas pasir..

Pasirlah medium untuk Chenta merencana masa depan
(^^,)

dan ini antara hasil karya Chenta pada malam tuh..
Bnyk lagi,tp ini antara yg terbaik..lalala..
*
*

S.E.H.A

Ini pulak masa bdk perempuan kelas Pemulihan nak tnjuk handal..kalo b4 ni bila aktvt BBQ jer mesti smuanya bdk laki yg buat tapi,bila samapi Segadas..turn kami pulak tunjuk hebat..!
Tapi,nyata bukan bidang kami..bila api marak jer..mula la semua menjerit mintk tolong padamkan api..hehehe..

Lantas,kami sedar..kami masih perlukan 7insan lain dlm kelas ini..!

"Kami dah lapar"

Ini santapan kami masa mlm tu..selain ayam ada udang,ikan-ikan yg bnyk jenis tapi hnya satu Chenta kenal iaitu ikan pari..yg lain saya hnya tahu makan shja..
Memang superb la dinner utk mlm tuh..!

Hari ketiga:

Aktiviti SNORKLING(betul ke eja mcm ni??)..tapi,
disebabkan Chenta seorng yg takut kt air, maka saya sekadar berenang-renang menggunakan jaket keselamatan..org lain pnyr layan tgk batu karang la,ikan la tapi, Chenta dok tgk la org mndi manda..Wahai kekuatan dtglah..!

Tiada gmbr utk aktvt ini sbb semua dlm air..xde spew yg sudi nk capture gmbr..nak bwk kamera pown bukannya jnis waterproof..jadi,takpayah la bergmbar ea..

Sekitar jam 2.00 ptg kami mula berkemas utk pulang semula..Semua aktvt yg dirncng telah dilaksanakan..!Semua pown dah keletihan..
Tapi...kami...

*bergambar dan terus bergambar*
(org lain dah bantai tdo sementara tunggu bot)

Terima kasih Teluk Segadas kerana telah memberi satu lagi peluang buat warga Pemulihan merakam kenangan yg indah untuk dikenang suatu masa kelak!



.:.Alhamdullilah.:.

Friday, February 18, 2011

Penangan semester 5..!

Kerja-kerja yang ditunggu dah mula datang menimbun..Masa untuk tak tidur malam,masa untuk xlalu makan dan masa untuk macam-macam penyakit menjelma dah makin menghampiri. Dah mula terkejar-kejar nak pergi sanalah,nak pergi sinilah..Dah mula proses menghabiskan duit untuk membeli kertas A4,ink printer dan sbgnya..Dah mula proses nak berlari-lari anak kt atas padang..dah mula kena guna akal fikiran sebanyaknya..dah nak mula sesi brainstorming segalanya..

Aihh..dengan erti kata lainnya..

MASA UNTUK BERFOYA-FOYA DAH MAKIN KURANG..!

sabarlah hati..semuanya adalah demi masa depan didunia dan akhirat..lakukan sehabis daya..!
Chaiyok!


p/s:K.O.T,assignment,task,dinner JPA,Bina Insan Guru,sukantara,saringan sukan,taklimat gigi, kelas ganti,jamuan makan......bla..bla..bla..

Thursday, February 17, 2011

Penawar hati


Sweet sangat mereka..tenang bila tengok mereka..aksi dan keletah yg mencuitkan..!
Mereka sentiasa menjadi diri sendiri..
Indahnya menjadi insan bergelar kanak-kanak..!



Nanti bila adew anak..Chenta nak masukkan kelas taekwando supaya mereka ada seni mempertahankan diri!Biar jadi mcm budak-budak kt dalam video nih..!
Bolehkan??

p/s:Fuhhh..terbanglah masalah..!

Wednesday, February 16, 2011

CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY

Dah lama Chenta nk buat entry ni..ni semua sempena ulangtahun kelahiran teman Chenta di maktab..iaitu Cekgu Ayu.Atas jemputan Cik Ayu jugaklah Chenta join Cik Ayu punyer birthday giveaway ni..dah owner punyer blog yg ajak,maka mengelejatlah Chenta nak join..(^^,)

Jadi,buat Fairus bin Kamaruzaman a.k.a Ayu:

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-22..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Sentiasa gembira didunia dan akhirat..Sentiasa dirahmati Allah..Sentiasa berada dibawah lembayung Ilahi..dan seterusnya sentiasa berada di landasan yang diredhai untuk menjadi seorang hamba,umat,anak,isteri, ibu dan pendidik yang hebat..AMIN!

Jgn risau dengan angka 22 tuh sebab yg pasti kita muda lagii..(^^,)
hehehehe..
Sesekali mengimbau kenangan lalu memang indah..dan ini sahabat terhebat yg pernah Chenta ada..merekalah yang terbaik..!Banyak perkara kita lalui bersama zaman persekolahan dan ini sebagai tanda ingatan sesama kita..Moga ikatan persahabatan dan ukhwah sesama kita akan terus terjalin sahabat..!

Serius...saya rindu mereka sangat-sangat!Banyak benda nk dikongsikan..!

p/s:Buat tinta ana,zara dan atiqah hamzah..jom la join!

Tuesday, February 15, 2011

..Maulidur Rasul..

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku dan barangsiapa yang mencintai aku, maka dia bersama-samaku di dalam syurga"
-Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas


p/s: Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca Melodi D'Hearty
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Thursday, February 10, 2011

Trip ke Pangkor..(^^,)

Dulu warga Pemulihan pernah menjejakkan kaki ke Bukit Larut pada sekitar tahun 2009..

dan kini sekali lagi warga Pemulihan menjalankan aktiviti bersama..
Yahuuyabedabedu..!

PANGKOR KAMI DATANG!
*
*
*
Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami,berkatilah perjalanan kami dan redhailah perjalanan kami..Berkatilah perjalanan kami agar samapi ke destinasi yang dituju..Permudahkanlah perjalanan kami dan segala urusan-urusan kami..AMIN!

Wednesday, February 2, 2011

Kursus Asas JPA Siri 1/2011-Kem UUM,Sintok

Pada 28-30hb Januari 2011 yg lepas, Chenta berpeluang mengikuti Kursus Asas JPA di UUM, Sintok..Even,niat hati bukanlah ikhlas sgt nak pergi tapi,atas desakan teman serumah yg semuannya ahli JPA tegar..Chenta pown terpengaruh la dgn kata-kata manis mereka lalu snggup Chenta korbankan cuti buat kali ini..!Fuhh..

Mula-mula nak pergi..mmg xde perasaan..mood pown mcm bolak-balik jer..was-was jer btol ke nak pergi..tapi,kuat dan tekadkan hati,Chenta pown redha jer..Isyh..mende la kem-kem nih..!
Tapi,sbb nak dptkan pengalaman..Ya...Chenta pergi jugak..!TITIK..!

Smpi-smpi di tapak perkehamahan dlm hati dah rasa pelik..tetbe rasa menyesal+nak ngis..Pastu dok pk,mcm mn la bleh terjebak dgn bnda-bnda nih..Mood mmg dah libang-libu la..hati dah jerit-jerit.."Nak balik..!Nak balik..!"
Okeyh..saya mmg xstylo..!

Bila pegawai tanya siapa nak balik..mmg rasa nak angkt tngan jer..tp,isyh malu pulak aku sorang jer tergedik mcm bdk-bdk nak balik..Ok..sabar lagi..!

Bila pergi surau,nak solat..YESS..!
bekalan air tidak ada..memang dugaan paling best la..!
Tapi,sebenarnya bukan takde cuma tekanan rendah so,bila rmi gne air jadi slow la..lalala..
Chenta rela xde elektrik 3hari,3mlm dripada takde air okeyhh..!

Takpe...sabar lagi..!
(_ _")

Selepas pendaftaran dan taklimat awal oleh:
*
*
*
JENG.JENG.JENG
Kem Komandan untuk kursus kali ni..
(lupa nama la pulak..sori tuan!)

Apa itu JPA..??
Sesi pengenalan bersama JPA
*xkenal maka xcinta okeyh!*

ini dah sampai sesi malam utk hari pertama
orang khsuyuk bljr,Chenta dok bermonolog sorang diri
*bla..bla..bla..*

Kelas pertama ialah kelas Pertolongan Cemas..belajar la mcm mn nk ikat kain anduh kalo berlaku kecederaan macam kalo luka kt kepala ke,tngan patah ke, dan sebagainya..!

Bila masok hari kedua..jiwa libang-libu lagi..tgh syok-syok tidur die kjut pkol 3.00pagi utk sesi berkenalan..smbil dok pisat-pisat mata lagi..kami pown gerak la g dewan utk sesi berkenalan.!
Tyme ni mmg syok tgh org dok perkenalkan diri..ada mcm-mcm gaya..ada yg nervous,ada yg malu terlampau dan ada yg sempoi hbes la..laala..

aktiviti pagi hari
Yehaa..kawad..nasib la sem lps dah training kawad jadi,xde la terkjut sgt..!
Mmg pulun la kami kawad!

Seterusnya,belajar 10asas ikatan..tyme ni tinggal nak refresh jer sbb masa perkhemahan unit uniform dah belajar..jadi,mmg enjoy la kelas nih..!

diteruskan dengan kelas CPR dan menyelamat..!
Kelas yg mmg syok dan xkering gusi..even kelas mse tu pkol 2.30ptg iaitu time utk buat tahi mata tapi,mmg xngantuk lngsung..Pegawai yg handle part ni mmg SUPERB terbaik lah!
New info and new experince..!

Ini masa teori kawad usungan oleh para pegawai..ini mmg 1st time la Chenta taw kewujudan benda nih..mmg 1st time belajar mcm mn nak buat semua ni..Ini masa tnjuk ajar dari pegawai..Nnt ade part kami kena buat sndri..Teruja tak??

Ini kumpulan Chenta semasa disana
*KAMI BRAVO*
group ini sempoi dan superb!
mereka insan-insan gagah perkasa..saya suka!

ini time kena buat kawad usungan sambil merentas halangan dengan membawa mangsa yg tercedera..mmg mencabar la..memerlukan kekuatan fizikal dan mental!
Memang sukar!

Dan apa yg pasti lepas aktiviti kawad usungan ini tiba-tiba
*
*
*
*
"Yehaaa..best2!!dah xwujud lagi perkataan "Nak balik" dimulut Chenta..!
Lambatkan saya panas??

Praktikal memadam kebakaran..!
Semua dapat rasa menggunakan alat pemadam api

.Senaman pagi.
Dalam kiraan 8,exercise.......mula..!-->(ayat favourite pegawai!)

Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan pegawa-pegawai yang terlibat dlm menjayakan kursus kali ini..(^^,)

p/s:Tiba-tiba jadi seronok join JPA ni..tiba-tiba rasa banyak ilmu yang saya takde,tiba-tiba rasa bnyk benda yg saya kena menuntut..!
Oleh itu,marilah kita sama-sama join JPA..!